ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Tanyalah teman tentang kebaikan; tanyalah musuh tentang keburukan diri

Kepada siapa harus bertanya benar atau salah? Kularaskan pantun ini sebagai jawapan...

"Mangga harum enak dimakan,
Buah peria pahit juga berbau;
Bertanya baik padanya teman,
Bertanya buruk pada musuhmu."

Kita, sering bertemu dengan jalan yang berpatah ke belakang. Tidak pula mahu beranjak barang selangkah ke hadapan. Entah apa dalam bayangan. Entah siapa yang mahu dipersalahkan. Entah kadang-kadang pasti terdetik di dalam hati,

"Allah seakan tidak berlaku adil denganku ini..."


Hidup sekalian manusia bagaikan sebuah proses kreatif dalam penulisan. Ramai yang berkata,

"Aku mahu berjihad demi Allah semata-mata. Demi agama Allah semata-mata."

Tetapi pada suatu ketika, kita kembali berpaling seperti biasa,

'Jalan yang berpatah ke belakang'.

Apa yang kita mahukan sebenarnya dalam hidup ini? Kekurangan apa yang ada dalam diri yang Allah tak beri? Mungkin kita kurang mengambil perhatian dengan isu teman dan lawan. Biarlah aku kembali kepada persoalan pokok yang tidak berapa mendasar kerana aku mahu beradu (tidur) selepas ini. Marilah kita renungkan bersama pada bait pantun yang aku laraskan istimewa buat mereka yang tertanya-tanya sama ada diri mereka baik atau buruk di mata insan lain. Bacalah dengan teliti akan pantun itu terlebih dahulu. Semoga kefahaman bisa bertandang dan seterusnya kekal melekat di minda kita yang kadang bejat dan beku.

Salam hangat dan sedikit suam-suam kuku dariku...

++ Nota: Lanjutan dari laman sosial facebook aku panjangkan ia ke sini.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top