ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Tangkal Moden Di Alaf Baharu

++ Nota: Sihat dan sakit itu nikmat? Tetapi sejauhmana nikmat itu diterima oleh sekalian kita? Rata-rata di antara kita asyik menadah tangan memohon agar kesihatan diberikan, tiada pula yang memohon 'tuk mendapat kesakitan. Sihat tubuh badan 'tuk mudahkan kita beribadah kepada Allah SWT, sementara sakit itu ujian daripada Allah SWT. Inilah kata-kata yang selalu aku dengar. Hasilnya? Apa terjadi? Teliti dahulu ceritaku ini (rasanya telah aku sampaikan dahulu tapi biarlah aku ulang kembali. tak menjadi satu kesalahan pun. produk ini wajar wajib diperangi. eh?)

(A)Apa kaubeli? (B)rantai leher. (A)Err, bolehkah pakai rantai leher? (B)tuk kesihatan. (A)Oh, begitu. Apa manfaatnya? (B)manfaatnya banyak, badan sakit bisa sembuh, kurang tidur jadi cukup tidur, kurang makan jadi lebih makan, yang kurus jadi gemuk, yang kuat berdengkur jadi tidak berdengkur. (A)Oh, jadi kalau dah ia boleh jadi segala-gala, apalah gunanya lagi Tuhan Yang Maha Kuasa? (B)Err, begini, kita berikhtiar, namun yang menyembuhkan Allah SWT jua. (A)Oh, begitu pula, kenapa tak memohon kepada Allah SWT sahaja? (B)Eh, bukankah kita disuruh mencari penawar selagi masih bernadi? (A)Oh, begitu, jadi tak salahlah kita menggunakan perhiasan ala-ala wanita demi tuk mencapai kesihatan diri? (B)Err, bukan begitu, begini bla bla bla bla (akan berlanjutan hujah2 demi memenangkan diri sendiri. kalian pasti faham akan maksudku ini.)

Orang mengutuk zaman jahiliah,
Kerana daif tak faham agama;
Namun kini terlebih teruk dan parah,
Tangkal alaf baru sah diguna terima.

++ Nota: Tamat:  aku tak tahu hendak berkata apa (^_^)v

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top