ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Tali Rapia, Dan Jut

++ Nota: Sibuk benar mahu membincangkan usul krisis dalaman di Libya. Aduh, negara orang disibukkan; negara sendiri ramai lagi yang mengaduh-aduh, krisis dalaman yang indak pernah selesai-selesai hingga ke hari ini.


Tali Rapia, Dan Jut
Oleh: si tali-tali

Pagi membisik khabar
memaksa diri menyelak akhbar
melihat sendiri apa yang dipapar
Oh, tidak. Ada puak mahu lemas terdampar
dalam lautan kata terkapar-kapar

Apa dirisau tanahnya orang
Tanah kita tidak terjaga
Usul tenggelam apalah barang
Di tanah kita orang melara.

Pagi kembali membisik khabar
meniupkan warkah yang sayu didengar.
Entah bila sayu suara itu pergi
Entah di mana pejuang yang dahulu
kuat memegang temali tali
berlingkar sudah tali rapia membelit tubuh
Jut telah tiada
tahan tali
putus
jua.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top