ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Syirik Cinta - Juga Menduakan Dia Yang Maha Esa

++ Nota: Tanpa sadar kita sebenarnya menduakan Tuhan dengan menyatakan cinta bukan kerana Dia (Allah SWT). Sebagai makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT dengan fungsi tubuh dan akal maka lengkaplah sifat kita mengikut ketentuan Allah. Persoalannya di sini, kita mencintai siapa sebenarnya? Maha Pencipta (Allah) atau hamba Allah (manusia)? Jikalau benar cinta kita kepada dia, bagaimana pula dengan cinta kita kepada fitrah kita (kehendak lelaki kepada wanita, sementara wanita berkehendak kepada lelaki)? Kedua, adakah kita mencintai seseorang itu kerana Allah semata-mata atau sekadar mengikut hawa kita kepada mereka? 'Syirik Cinta' menjawab persoalan bahawa dalam tak sedar kita sebenarnya menduakan Allah SWT. Begitulah adanya...

Syirik Cinta
Oleh: S. Fantasi

"Aku cinta padamu,"
Lafaz cintaku untuk siapa
Demi apa dan mengapa
bermula dan berakhir di mana?
Cintaku, istimewa buat siapa?
Pernahkah diriku memasang niat
menyintai dia demi Dia Yang Esa?
Andai tiada
beringatlah sentiasa
'Syirik Cinta'
juga menduakan Dia
murkalah Dia kerananya

1 comments :

cemomoi said...

tak brani komen tentang ajarannya.. banyak konflik.. apa pon bagi orang yang dilamun cinta, dorang je tau bagaimana rasanya.. jadi ungkapan dorang mungkin sukar ditafsir orang biasa

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top