ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Syair Rumi dalam karya The Matsnawi

++ Nota: adapun syair Rumi ini aku petik dari sebuah buku karangan Syed M. Naquib al-Attas. Aku terpanggil untuk mengulangnya kembali di sini, semoga memberikan manfaat buat kita semua.

Kamu harus mendengar (dan percaya) sesuai dengan mazhab Sunni
bahawa terdapat perbezaan pada akal manusia sejak dahulu kala.

Berlawanan dengan doktrin Mu'tazilah yang berpendapat bahawa
semua akal manusia asalnya adalah sama,

(Dan siapa yang menyatakan) bahawa pengalaman dan pengajaran
membuat mereka lebih dan kurang, sehingga membuat seseorang itu
lebih mengetahui dari selainnya.

Ini suatu kepalsuan, kerana bimbingan seorang anak yang tidak
berpengalaman berbuat apa-apa  -  Dari kecil pemikirannya
berkembang, yang tidak tercium sama sekali oleh ratusan pengalaman
orang tua.

Benar bahawa keutamaan daripada sifat asli seseorang adalah lebih
baik daripada keutamaan seseorang dari pemikiran dan usaha.

Ceritakan padaku apakah pemberian Tuhan itu lebih baik, atau
(apakah lebih baik) jika si tempang harus (belajar) berjalan lancar
(tanpa tersungkur derita).

++ Dipetik dari karya Jalal Al-Din Rumi, The Matsnawi. Disunting, diterjemahkan, dan komentar oleh R.A. Nicholson, jil 4. Terjemahan buku 3 dan 4. Edisi pertama 1930 (Cambridge: E.J.W. Gibb Memorial, 1982), halaman 85-87.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top