ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Si Abdi Dan Rajanya

++ Nota: Kalau dah al-Quran tiada dibudayakan, apa akan terjadi? Kita berada di hujung zaman, benar-benar dekat hendak menuju kehancuran. Manusia mulai melupakan kitab suci 'tuk diladeni setiap hari, tiada faham langsung akan isi, hendak berbuat baik dengan isinya jauh sekali. Aduh, betapa malang dan kesiannya diriku ini.


- Si Abdi Dan Rajanya -
Oleh: Menumpul Akal Saksama

++ Daku ibaratkan bahawa kitab suci ini di belakang hari
sekadar menjadi bacaan tanpa kefahaman dan tauladan;
samalah dengan yang daku kisahkan
ceritera si abdi bersama Rajanya.

Seorang abdi di daerah miskin
di hulu pedalaman
menerima sepucuk surat bercop mohor
berbunga-bunga di tepinya
Si abdi terkejut
ditanya kepada si pembawa surat
dari siapa surat ini datang
Lalu dijawab oleh si pembawa surat
Inilah surat yang merupakan titah
dari Yang Mulia Raja
Dipertuan Raja Seilusi Dunia
buat engkau sang abdi.

Alangkah terkejutnya si abdi
tidak pernah ia berhajat akan hal ini
dijitak perlahan pipinya

"Aduh, sakit...,"

Pipinya terasa sakit, bermakna
ini bukan mimpi

Setelah si pembawa surat
pergi meninggalkannya
dibukalah surat berisi titah
sang Raja buatnya
Lalu dibaca satu persatu
dengan hati bangga.
Sedari pagi membawa ke petang hari
ia sekadar duduk membaca
dengan khusyuk dan tawaduk.
Bunga bangga mekar amat
lalu dijajanya serata pelusuk desa
surat itu dikucup cium tanda ia gembira
Apakah yang diminta oleh sang Raja?

Titah Raja,

"Abdi, beta inginkan seratus ekar tanah
di kawasan jajahan beta.
Dan beta mahu kamu carikan segera.
Akan ada ganjaran besar buatmu nanti.
Usah dipaksa tuan tanah yang tiada mahu menjual.
Ingat katakata beta
jangan sampai beta murka!"

Si abdi masih tak berhenti
menelan bangga
ia baca dan terus membaca
dia letakkan surat sang Raja
setinggi-tinggi di atas singgahsana
tak cukup dengan itu
dibubuh letakkan minyak wangi
sewangi-wanginya
sebagai tanda penghormatan
dari seorang abdi kepada Rajanya.

Titah Raja,

"Abdi, beta inginkan seratus ekar tanah
di kawasan jajahan beta.
Dan beta mahu kamu carikan segera.
Akan ada ganjaran besar buatmu nanti.
Usah dipaksa tuan tanah yang tiada mahu menjual.
Ingat katakata beta
jangan sampai beta murka!"

Selang beberapa minggu
Sang Raja memanggil sang abdi
tiba sang abdi dengan wajah ria ceria
kuntum senyum seolah koyak
mencecah telinga
sementara tangannya
masih wangi atar
kuat benar baunya

Sang Raja bertanya,

"Abdi, ada terima titah yang beta utus tempohari?"

Menjawablah sang abdi
sehabis baik kepada Rajanya

"Ya, sudah tuan Raja. Titah tuan Raja patik baca hampir tiap masa
asal ada luang, baca; luang
baca dan terus membaca
sebagai abdi, patik bangga.
Ke serata tempat patik usung
akan titah tuan Raja
sementara di pondok buruk
milik patik
diletak pula ia setinggi-tingginya.
Tak cukup dengan tinggi
patik bubuh sembur
wangi-wangian
sehingga
baunya
memenuhi
halaman
patik."

Agak lama sang Raja
menanti ceritera
sang abdi

"Bagus, sampai begitu sekali
penghormatan yang kauberikan
buat beta sebagai
Dipertuan Raja Seilusi Dunia
taatmu tiada terkalahkan.
Tetapi bagaimana dengan
pekerjaan yang beta
suruhkan akan dikau itu?
Berjaya atau tidak?"

Tanpa banyak bicara, sang abdi
menjawab pantas

"Ya, isi surat patik fahami
jelas sejelas-jelasnya.
Patik ulang baca berulang kali
namun 'tuk melaksana
belum lagi adanya, tuan Raja."

Melotot kedua biji mata
sang Raja. Lalu berkata ia;

"Abdi, isi surat berisi titah
beta utuskan bukan sekadar
'tuk bacaan matamu.
Beta mahu kaufaham akan
isinya
Beta mahu kaufaham akan
suruhannya
Beta mahu kaufaham akan
tegahannya
Beta mahu kaufaham akan
maksudnya.
Apa berada dalam fikiranmu, abdi!
Pengawal...
tangkap
dan
penjarakan
si abdi ini selamanya
di sana.
Nyata sekali
beta murka hari ini!"

Si abdi terkejut

"Tapi tuan Raja...
Tolooong... tolong lepaskan patik."

Kekallah si abdi di penjara
tiada dibebas akan dia
berakhir nyawa
di dalam
sana.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top