ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Raising UM into the rank of top 100 Universities in the world? B.M atau B.I?

++ Nota: Sila baca komentar yang aku petik dari laman Youtube berkenaan dengan isu 'Raising UM into the rank of top 100 Universities in the world?' (klik). Komentar dalam bahasa Inggeris ini menarik sekali 'tuk direnung-renungkan.

honestly, take all these clips out of public domain please! such a poor standard of english among the students is understandable but to hear the VC speaks of the same quality is so embarassing! To the VC, please learn how to speak English properly.....

Ada baiknya menonton terlebih dahulu kerana bagi aku video ini merupakan bukti sahih di mana NC Universiti Malaya (UM) memandang rendah keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Dan secara simbolik beliau terus melabel sebagai teruk apabila sengaja (mungkin) meminta seorang pelajar Melayu bernama Azlan untuk tampil ke hadapan berbicara dalam bahasa Inggeris. Bagi aku, Azlan memang seorang pelajar yang berani mengakui kelemahannya berbahasa Inggeris, dan bagi aku tiadalah pula masalahnya. Apa yang kurang sedap didengar sebaik sahaja beliau (NC) mengeluarkan fakta bahawa 70% graduan universiti tidak berjaya mendapat pekerjaan disebabkan kelemahan mereka dalam bahasa Inggeris.

Daripada mana beliau (NC) ini mendapat dalil? Ingin sekali aku bertanya, University of Hong Kong berada di tangga ke-23 dalam carta 100 universiti terbaik dunia 2010. Rasa-rasanyalah, bahasa apa yang mereka gunakan sebagai bahasa rasmi? Bagaimana pula dengan École Normale Supérieure, Paris dari Perancis yang berada di tangga ke-33? Ludwig-Maximilians-Universität München, Jerman di tangga ke-66 bertutur dalam bahasa apa agaknya? Dan hari ini, datang pula surat yang turut membicarakan hal yang sama tetapi membidas luahan saudara Siswa Harapan (klik) pada 7 mac lalu.

Aku tak hendak berkata banyak. Tontonlah dahulu video itu terlebih dahulu sebelum mengeluarkan hujah-hujah yang diberikan dalam bentuk tulisan. Teringat betul aku dengan ayat NC ini, dengan bangganya beliau berkata kepada Azlan (sila teliti video):

"Azlan, we must speak in english bla bla bla..."

Apa pun, usaha "Raising UM into the rank of top 100 Universities in the world?" aku sambut baik. Namun, terus terang aku katakan bahawa "Niat yang baik tak selalu baik kesudahannya...". Itu sahaja. Sekian...

Eh, terlupa pula. Ada lagi satu komentar yang lupa aku petik. Cuba baca komentar di bawah ini dengan teliti.


Sebelum mahu pelajar berubah minda, ada baiknya Naib Canselor dan pelajar TESL itu cermin muka dan berubah minda terlebih dahulu. Usah keterlaluan mengangkat bahasa Inggeris seperti bahasa Melayu itu hanya layak masuk tong sampah sahaja. Usah menggesa segala urusan di universiti termasuk bercakap sesama sendiri semuanya harus dalam bahasa Inggeris. Usah ada pemikiran mengalahkan orang Inggeris sendiri!


Bahasa Inggeris perlu untuk timba ilmu
forum Utusan Lama

SAYA merujuk kepada tulisan Siswa Harapan (klik) di ruangan ini pada 7 mac 2011 berhubung isu penggunaan bahasa Inggeris oleh Naib Canselor Universiti Malaya (UM). Saya dapati ketidakmatangan pemikiran anda melalui luahan anda. Saya memohon maaf jika anda rasa tersinggung.

Saya tahu anda dan ramai siswa lain menyayangi bahasa Melayu dan mahukannya dimartabatkan. Saya sendiri pun mahu dan pada firasat saya Pengarah Unit Pengurusan dan Penambahbaikan Kualiti (QMEC) UM juga mengimpikannya.

Namun kita perlu juga mengutamakan bahasa Inggeris dalam akademia kerana bangsa kita masih belum menguasai keseluruhan ilmu. Ilmu yang terkini tidak didapati dalam bahasa ibunda. Maka untuk menguasainya, tidak dapat tidak kita perlu menguasai bahasa Inggeris.

Harus ditekankan bahawa langsung tidak ada niat untuk memperkecilkan bahasa Melayu mahupun mengagungkan bahasa Inggeris. Cuma hakikatnya, bahasa Inggeris adalah satu kemestian untuk kemajuan tamadun Malaysia.

Saya tidak nampak pun dalam surat Pengarah QMEC tempoh hari (yang disiarkan di ruangan ini pada 28 Februari 2011) mana-mana ayat yang mengatakan perbualan sesama sendiri juga harus dalam bahasa Melayu. Cuma, para siswa sangat digalakkan untuk menguasai kebolehan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris untuk urusan rasmi, terutamanya bagi memenuhi kehendak sektor swasta.

Jika mereka bergraduasi tanpa kebolehan yang cukup, yang akan susah mencari kerja adalah mereka juga.

Sering sekali kita cuba mengambil contoh negara-negara maju seperti Jerman dan Jepun yang boleh menggunakan bahasa ibunda pada pendidikan peringkat tinggi. Tetapi kita lupa bahawa negara-negara tersebut telah awal lagi mendahului perkembangan sains dan teknologi sehingga seiring dengan negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris. Hanya ilmu terbaru sahaja yang perlu dididik dalam bahasa asing dan ilmu asas (sehingga ke peringkat ijazah sarjana) dapat dididik dalam bahasa ibunda. Sebaliknya, akademia Malay belum lagi mencapai kematangan tersebut.

Anda juga menekankan Perkara 152. Namun dalam perkara sama telah pun termaktub bahawa penggunaan bahasa selain bahasa kebangsaan bagi urusan bukan maksud rasmi (yakni urusan kerajaan) tidak boleh dihalang. Seperti yang dinyatakan Pengarah QMEC, urusan rasmi UM adalah dalam bahasa kebangsaan.

Saya harap Siswa Harapan jangan cepat melatah apabila penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajian ditekankan, sehingga mengeluarkan kenyataan seperti mengangkat bahasa Inggeris, bahasa Melayu dibakul-sampahkan.

SISWA BERCUTI

Selayang, Selangor

P/S: namanya pun 'Siswa Bercuti', bercakap pun macam orang bercuti. Orang dikata sempit, tetapi dirinya bagaimana? (^_^)v

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top