ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Penidak Karma - Muammar Gaddafi

++ Nota: teruskan sajalah, biar dia terus berkuasa di sana. 'Penidak Karma' akan tenggelam juga bersama mimpi-mimpinya.

Hanya ada seberkas ulasan
dakwa mereka hanya sedikit kekerasan digunakan
berulang kali diucap laungkan
dengan megah gagah ia mahukan
agar 'kebenaran' ditentukan
kebenaran apa yang mahu diperagakan
sedang ada yang sengaja melacurkan
kebenaran dalam erti kata sebenar
telah kembali pulang
tak perlu keranda diusungkan
kerana ia telahpun usai
ditalkin kuburkan!

Libya gesa gantung sekatan myMetro

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Rejim Muammar Gaddafi mendesak Majlis Keselamatan PBB menangguhkan sekatan yang dikenakan terhadap pemimpin Libya itu berhubung tindakan ganasnya terhadap penunjuk perasaan.

Menteri Luar, Mussa Kussa, dalam suratnya kepada majlis berkenaan berkata, hanya ‘kekerasan sederhana’ digunakan terhadap penunjuk perasaan itu dan kerajaan terkejut dengan sekatan yang dikenakan.

Rejim itu mendesak sekatan perjalanan dan pembekuan aset yang diarahkan terhadap Gaddafi ‘digantung’ sementara menunggu siasatan.

Pada masa sama, Mussa menggesa Majlis Keselamatan bertindak terhadap negara yang mengancam menggunakan kekerasan terhadap Libya.

Surat itu yang dihantar kepada majlis itu kelmarin, adalah reaksi pertama Libya sejak sekatan diluluskan sebulat suara Sabtu lalu.

Kumpulan hak asasi manusia berkata, 6,000 orang terbunuh sejak tunjuk perasaan untuk menggulingkan Gaddafi bermula 15 Februari lalu. - AFP

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top