ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Mesyuarat DURBAR Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Pertama

++ Nota: Lanjutan dari facebook ke blook perihal sejarah foto DURBAR pertama di Kuala Kangsar, Perak.


~ Terkait Berkait ~
Oleh: Si Kait-kait

Apabila ia saling terkait,
ada mata dibutakan,
ada telinga ditulikan,
ada mulut dikuncikan,
ada tangan dipatahkan,
ada kaki dipaksa berlutut tuan,
ada segala-galanya hilang,
harga diri bertukar sial; itu terlebih malang!

--------------------------------------------------

[Selingan Fakta]

Berdasarkan rekod, perwakilan yang hadir mewakili negeri Pahang ialah:

1. Sultan Ahmad ibni Bendahara Tun Ali
2. Tengku Ali bin Sultan Ahmad
3. Engku Muda Wan Mansur bin Bendahara Tun Ali
4. Engku Bendahara Sri Maharaja, Engku Ngah bin Engku Tanjung
5. Tuan Mandak Said Ali al-Jufri
6. Imam Perang Indera Mahkota Haji Abdul Halim bin Jaafar
7. Imam Perang Indera Setia Raja Che Samat

Manakala yang direkodkan tidak hadir ialah Tengku Mahmud bin Sultan Ahmad.

Ada beberapa pendapat masyhur menyenaraikan akan kehadiran Orang Kaya Haji Wan Daud, Tok Gajah, Tok Bahaman, Mat Kilau, Mat Lela, Mat Kelubi dan sebagainya namun malang sekali hujah itu terpaksa ditolak kerana ia berlanggar dengan logik akal kita (aku dan sahabatku).

Arwah Tok Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau telah berundur diri ke luar Pahang pada tahun 1895, masakan mereka mahu kembali pula mengiringi Sultan Ahmad ke Kuala Kangsar pada tahun 1897 dan kemudian ikut bergambar bersama para pegawai penjajah Inggeris ketika itu? Logikkah?

Lalu? Fakta ini telah pun dibukutekskan terutama pada imej bernombor 13 yang diangkat dan dianggap sebagai tokoh yang bernama Mat Kilau. Kekeliruan ini wajar diperbetulkan, dan pihak berwajib perlu mengambil berat tentangnya. Sudah berapa lama isu ini disebar luaskan? Dah lama sangat, dan artikelnya berjaya dimuatkan dalam majalah senibeladiri pada hujung tahun 2009. Tindakan? Belum ada. Suasana sunyi. Sepi... tanpa bunyi.

Fakta Berkait Rapat:

Sejarah foto DURBAR Pertama palsu belaka

Artikel foto DURBAR di Majalah Senibeladiri

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top