ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Mana-mana Naib Canselor yang 'Gila Ranking' digesa letak jawatan!

++ Nota: Barangkali agak terlambat sedikit kenyataan ini dibuat, namun ia tetap memberikan impak keras kepada mana-mana Naib Canselor yang terlampau 'gila' mengejar 'ranking'. Bahasa Melayu itu bahasa ilmu, dan ia diakui suatu ketika dahulu. Siapa lagi yang hendak martabatkannya kembali kalau bukan anak-anak muda generasi baharu. Ini tidak, asyik bermanja dengan bahasa Inggeris memanjang. Apalah yang hebatnya dengan bahasa orang itu? Kenyataan Profesor Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar menarik sekali. Senang benar aku mendengar bila beliau dikatakan mngulang sebut 'gila ranking' berulang-ulang kali!


Naib Canselor ‘gila ranking’ digesa letak jawatan Utusan Lama

KUALA LUMPUR 27 Mac – Naib Canselor atau Rektor mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) yang meminggirkan pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan dalam bahasa Melayu digesa supaya meletakkan jawatan kerana melanggar prinsip asas agenda nasional.

Ketua Dua Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Profesor Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar berkata, sikap mereka yang ‘gila ranking’ itu perlu dihapuskan supaya bahasa Melayu dapat dijadikan bahasa ilmu bertaraf antarabangsa.

“Bagi menggalakkan perkembangan pesat bahasa Melayu, IPT awam dan swasta perlu memartabat dan mendaulatkan bahasa tersebut dalam sistem pendidikan mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia pada Mesyuarat Agung Gapena ke-40, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Satu Gapena, Prof. Emeritus Tan Sri Ismail Hussein.

Abdul Latiff berkata, dalam usaha sesebuah IPT untuk meningkatkan ranking, peranan mereka sebagai pendaulat bahasa tersebut juga perlu diutamakan supaya ia seimbang sebagai pemangkin pembangunan negara.

Sementara itu, katanya, kerajaan juga digesa supaya menubuhkan sebuah jabatan pemantauan dan pelaksanaan bahasa Melayu di setiap IPT bagi mendaulatkan bahasa tersebut.

Tambahnya, penubuhan jabatan itu dapat menggalakkan pembelajaran dalam bahasa Melayu dan menarik minat pelajar asing untuk mendalami peradaban orang Melayu serta memperluaskan lagi penggunaan bahasa tersebut ke serata dunia.

“Penyelidikan dan penerbitan yang dikeluarkan IPT dalam bahasa Melayu perlu diutamakan dan usaha mereka mendaulatkan bahasa ini perlu dihargai dengan pemberian anugerah dan sijil kecemerlangan tahunan,” katanya.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top