ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Luka Sekeping Hati

++ Nota: berapa lama tubuh zahir kita mampu menahan derita? Sengaja aku bertanya kepada diri sendiri dengan ayat ini. Bukannya apa, aku sekadar membayangkan bahawa kesakitan yang kita tanggung di dunia sifatya sementara. Dan sudah namanya sementara, pasti akan ada penamatnya. Bila? Saat kematian tiba. Jawabku ringkas. Sihat, sakit, kaya, miskin, suka, duka dan yang sewaktu dengannya bersifat ilusi semata-mata; ibarat perhiasan baru yang kita beli, cantik pada mula, tetapi setelah usianya berlangkah, warna mulai pudar, luntur dan sebagainya. Mampukah kita bertahan dalam kehidupan yang semakin menyempitkan otak kita untuk berfikir baik buruk perbuatan?

Duhai jiwa,
tak perlu
kau
risau
akan
luka
yang
melukai
sekeping
hati
dalam
dirimu
di dunia
ini.
Takkan
ia
terus-
terusan
begini.
kerana
kau
dan
aku
tetap
'kan
pergi;
dan mereka juga
akan tetap menyusul
kemudian nanti.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top