ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Lewat Pelangi Petang

++ Nota: Tiada apa-apa. Senyap diam sunyi aku mahu sendiri. Maha Suci Allah Yang Maha Besar Lagi Maha Berkuasa.

- Lewat Pelangi Petang -

Telah lewat
datang berkunjung
kalian di sini
bersama-sama
menatap pelangi
dan warna langit

Namun tiada
apa-apa
yang bisa
merubah
hari-hari
yang
pergi jauh
meninggalkan
kita di belakang

Masihkah
ada lagi
ruang
waktu
untuk
sampai
menuju
Dia

Oh,
Pelangi
kekal lagi
pada bentuk
asalnya.
Namun kita
bagaimana?

Pelangi
kekal lagi
pada warna
asalnya;
namun kita
bagaimana?

Pintu di sana
masih luas terbuka
tinggal menantikan dikau
memilih pintu mana
yang kau suka
abadilah kau
di sana jua
akhirnya

2 comments :

cemomoi said...

hati dan minda berpelangi hilang le khusyuk dan tertutup le hijab

Ampuan Awang said...

Err, apa buleh koi senyum (^_^)v

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top