ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Lempar Kasut Dari Luar Jendela

++ Nota: Aku mengantuk. Aku perlu rehat agaknya...


Letak
sekeping kertas
berwarna kebiasaan
kertas yang ada sekarag
di atas meja sidang
yang penuh dengan geran-geran
pajak-pajak 200 buah rumah
barangkali ada pertalian
akrab jalinan
dengan
insan
bernama
Mahmoud Abbas.
entah dari mana asalnya dia

Berdozen
dozen warga
tuan empunya tanah
yang ada maruah
yang tidak berpaling tadah
habis dirempuh redah sekalian rumah
diruntuh, diroboh, juga dimusnah
dalam usaha membentuk
negara --- bersaiz
lebih besar dari
pada sekarang?

Letak
kepala
Mahmuod
anak
kepada
Abbas
yang sedang
leka membaca
muka hadapan akhbar
yang bersuara
tentang dirinya
perihal se-
keping kertas
hitam yang
disetubuhi
suara media
yang kadang
berwajah baik
kadang berlaku
buruk dari yang baik

Sementara
di luar sana
berarak ramai di atas jalan
beramai-ramai yang tak pernah kunjung mahu surai
jatuh bangun, kembali jatuh bangun, dan begitulah seterusnya
tetap diteruskan agenda --- kasut-kasut mulai dihumban dari luar jendela
ke dalam jendela Mahmoud anak kepada Abbas
menantikan jawapan darinya
menantikan dirinya turun
dari pejabat dan
berhenti
men-
jawat
jawatan itu
lebih lama
sebelum datang lagi
bahana timpa-
bertimpa
di bahu
rakyat
di sana.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top