ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Ledakan Di Muka Bumi Bahana Tangan-Tangan Manusia

++ Nota: Wajarkah kita menyalahkan teori-teori para saintis seperti Einstein yang popular dengan teori membelah atomnya? Einstein yang beragama Yahudi ini bukanlah seorang yang patuh kepada ajaran agamanya berjaya dalam bidang yang serba mengarut ini (sebenarnya ada baiknya juga). Namun malang, hasil dari teorinya jadi begini pula. Ledakan demi ledakan akibat daripada nuklear semakin kerap berlaku sama ada ia berpunca dari faktor alam seperti gempa bumi dsb. Benarlah, semakin tinggi tahap pencapaian teknologi manusia itu, semakin tinggi jugalah tahap kebebalannya. Aku angguk dan iyakannya dengan rela tanpa terpaksa mengangguk kepala...

Ledakan Di Muka Bumi Bahana Tangan-Tangan Manusia
Oleh: S. Ilusi

Einstein akan bertambah 'GILA'
sekiranya dia hidup lagi di atas dunia
melihat manusia sibuk berlumba-lumba
mahu memasang reaktor nuklear
di tanah masing-masing
dengan bangganya.
Oh, nuklear
juta berjuta kali ledakannya!
kaulebih kecil daripada atom
Boom!
semakin bijak otak manusia
akan ada sahaja bahaya dicipta
celaka lebih banyak dari baiknya.

1 comments :

Eqmal said...

semakin bijak,semakin bahaya,,hermm

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top