ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Betapa Kerasnya Apabila Kepala Sudah Menjadi Batu

 
** Kredit buat pemilik foto, Prof. Abdullah Hassan
++ Nota: Kenyataan demi kenyataan diberikan bagi menguatkan dalil serta hujah menyokong kehendak dan pendapatnya untuk menaikkan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama yang wajar diguna pakai di universiti tertua di Malaysia ini (?). Alasan beliau (Naib Canselor UM) mudah, demi mencapai matalamat'nya' meletakkan universiti Malaya berada dalam ranking 100 terbaik di dunia. Aduh, apalah hendak jadi dengan orang-orang bijaksana hujung zaman ini?

Bahasa kita warisan kita,
Itu sahaja yang tinggal ada;
Bahasa kita merujuk bangsa,
Memelihara ia tanggungjawab kita.

Berulang-ulang kali akan dimuat naikkan kisah kecurangan terhadap bahasa sendiri. Dan aku membenarkan kata-kata arwah Usman Awang (klik nama)  yang berkata:

Oleh itu kepada graduan unversiti yang gagah ini
kepada graduan yang terhutang budi
saya ingin mempertaruhkan impian dan harapan saya.

Saya yakin jauh di lubuk hati dan pikiran saudara
berkilau sinar cahaya kemanusiaan
yang dapat menjadi sumber harapan rakyat.
Mungkin pada sebahagian daripada saudara
sinar kemanusiaan ini bakal malap dan pudar
dan saudara akan menjadi sebahagian daripada
golongan penindas rakyat.

Sedang sebahagian lain pula sinar cahaya itu
begitu rawan  meliuk-lintuk kerana saudara terumbang-
    ambing
separuh hati berasa terpanggil oleh cita-cita rakyat
separuh hati lagi didesak oleh kepentingan dan ambisi
    sendiri.


Dengan penuh takzim aku menyatakan bahawa kata-kata arwah itu adalah benar!


Saya memang gila ranking – Profesor Ghauth
Utusan Lama

Oleh MARHAINI KAMARUDDIN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 11 Mac – “Jika orang hendak tuduh saya ‘gila ranking’ pun terpulanglah.” Bagi Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Profesor Datuk Dr. Ghauth Jasmon, beliau tidak malu mengakui tentang ‘kegilaannya’ itu kerana memang menjadi visinya untuk meletakkan universiti tersebut dalam ranking 100 terbaik di dunia dalam tempoh lima tahun.

Untuk itu, beliau juga cukup berterus-terang apabila mahukan warga UM daripada staf pengurusan, akademik, profesional dan sokongan sehinggalah pelajar berkongsi visi, misi dan aspirasi ke arah mencapai matlamat tersebut.

Dalam hal ini, Dr. Ghauth mengakui penguasaan dalam bahasa Inggeris merupakan antara elemen yang ditekankannya untuk diberi tumpuan oleh UM ke arah mencapai status universiti bertaraf dunia dan meningkatkan kualiti dan kebolehpasaran pelajarnya.

“Apabila saya tekankan tentang memperkasa penguasaan bahasa Inggeris bukan bermakna saya mahu meminggirkan bahasa Melayu.

“Saya hanya mahu menekankan aspek kebolehpasaran graduan kerana ia antara kriteria yang diambil kira dalam penetapan ranking universiti,” katanya dalam pertemuan dengan beberapa wakil media di pejabat Canseleri UM di sini hari ini.

Ia diadakan bagi menjelaskan dakwaan bahawa universiti tertua negara itu tidak lagi mementingkan bahasa Melayu ekoran satu taklimat yang diberikan beliau bertajuk Raising UM into the rank of Top 100 universities within 5 years kepada kira-kira 2,000 pelajar ijazah pada bulan lalu.

Ruangan Forum akhbar ini beberapa kali menyiarkan surat pembaca dipercayai kalangan mahasiswa universiti itu sendiri yang tidak berpuas hati dengan gesaan Dr. Ghauth dalam taklimat tersebut agar ditingkatkan skil komunikasi dalam bahasa Inggeris yang dilihat mereka sebagai cubaan meminggirkan bahasa Melayu.

Walaupun penjelasan oleh Pengarah Unit Pengurusan dan Penambahbaikan Kualiti (QMEC) UM, Profesor Dr. Fauza Abd. Ghaffar mengenai isu itu disiarkan dalam ruangan yang sama pada 28 Februari lalu, namun sekumpulan mahasiswa Akademi Pengajian Melayu (APM) masih tidak berpuas hati malah menghantar memorandum bagi mendesak Naib Canselor membuat permohonan maaf secara terbuka.

Diminta mengulas desakan itu, Dr. Ghauth menegaskan beliau tidak akan meminta maaf.

Jelas beliau, sebenarnya wujud salah faham apabila ada yang mempersoalkan kredibiliti data kebolehpasaran graduan yang dibentangkannya pada taklimat berkenaan sedangkan ia adalah hasil kajian pengesanan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.

“Data yang menunjukkan graduan APM paling ramai belum bekerja dalam tempoh itu adalah fakta yang terkandung dalam kajian tersebut,” katanya.

Tambahnya, kajian itu mencadangkan perlunya penambahbaikan dalam aspek seperti komunikasi terutama dalam bahasa Inggeris, pemikiran kritikal dan daya keusahawanan pada graduan UM bagi membolehkan mereka bersaing dalam pasaran kerja.

Justeru bagi memenuhi tuntutan itu, menurutnya, UM akan menambah jumlah jam kredit bagi subjek Bahasa Inggeris yang diwajibkan ke atas pelajarnya daripada enam jam sekarang.

Dalam pada itu, beliau memberitahu perancangan juga sedang dibuat bagi memperkenalkan empat disiplin baru termasuk keusahawanan untuk digabungkan dengan Ijazah Pengajian Melayu bagi menyerlahkan lagi kursus yang ditawarkan oleh APM.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top