ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kesementaraan Manusia dan Sekalian dari isi dunia...

++ Nota: Salam jumaat. Semoga hari ini lebih baik dari semalam, dan semoga kita berjaya menjawab segala teka-teki dalam kehidupan dengan pertimbangan yang baik tanpa sebarang cela adanya.

Kesementaraan Manusia dan Sekalian dari isi dunia...
Oleh: Cahaya Neon Malap Siang

Wahai Allah Yang Maha Besar
telah Engkau firmankan
di dalam kitab yang benar
segala dalil yang jelas
terpancar
semoga
selamatlah diriku
berada dalam redha-Mu
bersama suluh cahaya-Mu
yang bersinar
menyinar

Wahai Allah,
benar kata Engkau
bermegah-megah
melalaikan diriku
menjatuh dan
menggelincirkan aku
akhirnya ada
di antara kami yang
terlepas daripada tali
terlepas daripada panduan
yang telah Kau berikan.

Wahai Allah,
benar kata Engkau
tiada akan sedar diriku ini
selagi tubuhku tidak dimatikan;
selagi aku tidak dikuburkan
kerana itu segala
akal jahat yang aku perturutkan
segala amal jahat yang diriku kerjakan
langsung tidak aku kembali memikirkan
bahawa adanya hari mula kelahiran
akan ada pula hari pembalasan.

Wahai Allah,
lemahnya diriku pada pandangan-Mu
tanpa kami Engkau tetap Agung
Maha Suci Engkau Wahai Allah
Tiada Tuhan Melainkan Engkau
Ya Allah Hu
Ya Allah Hu
Ya Hu Ya Hu
Ya Allah Hu...
Ya

A
L
L
A
H.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top