ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kepada Naib Canselor UM, Hati Kami Bengkak!

++ Nota: Bagaimana caranya hendak memberikan nasihat kepada anak-anak? Selalunya ibu bapa (yang baik sahaja) akan mula memaut si anak untuk berada dekat dalam dakapannya sambil berkata, "Anak abah bila besar nanti nak jadi apa? Nak jadi doktor macam abahkah?", andai begini soalan si abah, pastilah si anak akan membalasnya dengan baik (selalunya berakhir begini), dan begitulah sebaliknya jikalau si anak ditanya secara sambil lewa, bahasa tak cukup santan perisa apa pula akibatnya? Selalunya si anak akan mula merengek, dan akhirnya mahu melarikan diri daripada abahnya.

Eh, apa pula kaitannya dengan isu naib canselor? Ada. Adab bercakap dengan anak-anak pendekatan yang diguna pakai lain, manakala buat para pelajar IPTA sebagai contoh, lain pula pendekatan yang akan kita guna pakai. Bagaimana seorang pelajar akan menerima setiap perubahan yang dilakukan sekiranya ia bertentangan dengan piagam (UM agaknya), malah lebih teruk sekiranya perubahan itu melanggar perlembagaan kerajaan Malaysia! Bukankah ini tindakan berkhianat namanya? Atau apakah ada perkataan yang lebih sesuai dari 'Khianat' itu? Setiap ucapan kita wajarlah diperhalusi terlebih dahulu sebelum disampaikan di khalayak, baharulah tidak menyimpang dari kehendak diri yang asal. Ini tidak, ikut suka hati dia sahaja. Payahlah! NC, hati kami bengkak! Mungkin inilah luahan kata-kata dari pelajar Universiti Malaya agaknya...

Naib Canselor UM mesti perjelas isu kontroversi Berita Hairan

SAYA tertarik dengan maklum balas Unit Pengurusan dan Penambahbaikan Kualiti (QMEC) Universiti Malaya (UM) mewakili Naib Canselor yang disiarkan dalam ruangan ini pada 28 Februari lalu.

Pertama, bukankah lebih elok jika Naib Canselor sendiri memberikan kenyataan rasmi berhubung sesi taklimat kontroversinya pada 14 Februari lalu.

Ini kerana QMEC hanya menyediakan slaid yang mempunyai mesej murni tetapi apa yang dipersoalkan adalah cara penyampaian Naib Canselor itu membuat kami pelajar di institusi ini berasa terhina.

Apa yang tertera di slaid QMEC tidak sama maksudnya dengan apa yang ditekankan Naib Canselor pada petang yang dianggap pelajar yang ada dalam dewan itu sebagai hari ‘memalukan’ masa depan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan hari memalukan pelajar UM.

Pada masa sama, mesej protes pelajar UM dalam keputusan pilihan raya kampus baru-baru ini, gagal difahami Naib Canselor.

Ternyata ‘modal’ mahu meningkatkan kedudukan UM untuk diiktiraf dunia bukanlah ‘gula-gula’ enak kepada pelajar apabila banyak aspek asas membabitkan keperluan dan kebajikan pelajar masih tidak bertaraf dunia.

Kalau mahu UM setaraf dunia, sepatutnya kedudukan kami sebagai ‘pelanggan’ perlu diberi layanan kelas dunia. Bukan saja kos yang dikenakan pentadbiran UM dan Hal Ehwal Pelajar menindas kami secara halus, malah kemudahan disediakan tidak berbaloi dengan apa kami yang berikan.

Paling mudah, buku perpustakaan hanya sebuah dua dan di perpustakaan tertentu saja. Apa guna hebat kononnya fasih berbahasa Inggeris tetapi ilmu di dada kosong?

Selain itu, kenyataan ‘UM sememangnya mengamalkan penggunaan bahasa Malaysia dalam semua urusan rasmi’ adalah dusta sama sekali!

BENCI PENDUSTA,
Universiti Malaya.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top