ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kata Asli Bahasa Melayu Hanya Tiga Patah?

++ Nota: Prof. Dr Awang Sariyan memberi khabar dari dinding facebook beliau tentang seorang hamba Allah yang berpangkat profesor madya mengeluarkan kenyataan bahawa kata asli bahasa Melayu hanya ada tiga (3) sahaja. Kasihan profesor madya itu. Ikuti kisah selanjutnya di bawah (aku tolak hujah profesor itu mentah-mentah. Ini tohmahan dan sangka buruk semata-mata.. Al-fatihah buat beliau (profesor madya itu). Terima kasih prof. dr Awang Sariyan atas maklumat ini.

Seorang kenalan di sebuah universiti mengadu bahawa ada profesor madya yang berkuliah, kononnya kata asli bahasa Melayu hanya tiga (babi, padi, nasi). Astaghfirullah.


Nabi Adam a.s., manusia pertama dikurniai Allah 'nama sekaliannya' (al-Baqarah, ayat 31), masakan Allah yang maha pemurah tidak merahmati bangsa Melayu keupayaan mengungkapkan kosa kata untuk perkembangan tamadunnya! Ini satu lagi penghinaan kepada bahasa Melayu oleh orang Melayu sendiri!


Malahan tanpa disedarinya, kata-katanya itu penghinaan kepada Allah yang maha luas rahmat-Nya.

Ahli akademik jenis apakah yang berkuliah tanpa sumber ilmu, selain barangkali mendengar-dengar cakap orang di luar dunia ilmu? Buku tulisan Prof.Emeritus Asmah Haji Omar, Prof. James Collins, Prof. Nothofer dan ahli linguistik sejarawi yang lain sudahkah dirujuki?

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top