ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

ISLAM: Bukan Seperti Yang Kalian Sangka

++ Nota: Aduhai, indahnya hidup dalam Islam...


ISLAM: Bukan Seperti Yang Kalian Sangka
Oleh: Simata-mata-terbuka-mata-guli

Islam
bukan agama jilbab dan purdah
juga bukan agama tudung
dari sekalian tudung berbunga-bunga
tak mengira sama ada segi tiga, litup atau labuh jua
atau yang tergantung pemberat segala
terdiri dari serba macam batu kristal dan kerongsang
Oh, Islam bukanlah sedemikian rupa.
Islam bukan seperti yang kalian sangka.

Islam
bukan agama serban dan jubah
juga bukan agama kopiah
dari sekalian kopiah berwarna-warni
tak mengira sama ada ia songkok atau ketayap jua
atau teratas nama panggilan 'Haji' ditutur kata
sehingga yang belum 'Haji' pun terbias sama
Oh, Islam bukanlah sedemikian rupa.
Islam bukan seperti yang kalian sangka.

Islam
bukan agama pidato dan ceramah
juga bukan agama seminar
dari sekalian seminar atau muktamar
tak mengira sama ada ia slot panjang mahupun pendek masanya
yang kadang menimbulkan isu kontroversi, punca berpecahnya umat serata dunia
Oh, Islam bukanlah sedemikan rupa.
Islam bukan seperti yang kalian sangka.

Islam
indah disimpulkan dari sudut bahasanya
agama nan selamat, aman, dan sentosa
juga bermaksud tunduk, taat dan menurut aturan
dari seorang hamba kepada Maha Pencipta-Nya
dan tiada berpaling pada jalan yang diredhai oleh-Nya.

Islam
murninya diterjemahkan isi dari sudut istilah
kepatuhan seorang hamba yang menyerahkan dirinya
tidak kepada orang lain melainkan kepada khaliq-Nya
dengan penuh kesedaran yang rela tanpa sebarang unsur paksaan;
dan ia juga berdiri sebagai sebuah peraturan kehidupan
yang mencakupi segala bentuk kebaikan.
Bercerminkan pandangan umat lain di muka bumi
berkata bahawa Muhammad bin Abdullah adalah contoh terbaik diteladani
yang cukup segala serbi dan tak pernah memungkiri janji.

Oh, Islam inilah dia
agama luhur nan mudah aturannya
tiada pernah melanggar fitrah hidup sekalian manusia
apatah lagi mahu menghukum segala cela pada diri orang lain
juga bukan ia agama yang rendah filsafat pemikiran
yang tiada keupayaan berangkat maju ke hadapan
tidak pula ia agama yang kuat bersenti-sentimen berbau perkauman
andai kiranya ada yang buruk ditemui
ia bukan datang dari Islam yang suci
tetapi yang buruk itu datang
dari kelemahan penganut
agama Islam itu
sendiri.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top