ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Inskripsi Dari Nisan Hamzah Fansuri

++ Nota: Prof. Syed Naquib meletakkan beliau sebagai pemula sastera Melayu moden, dan aku mengiyakannya. Rasanya aku bertemu dengan dari laman UKM, dipersilakan meneliti sendiri kerana aku tidaklah pasti sebenarnya. Riwayat hidup Hamzah Fansuri boleh dikatakan sebagai misteri kerana tidak ada satu catatan pun mengenai kehidupannya, sejarahnya, tahun lahir dan tahunnya meninggal dunia. Tak kira apa pun ceritanya, terus terang bahawa aku ini peminat akan karyanya. Itu sahaja. Sekian...

Inskripsi Dari Nisan Hamzah Fansuri
** Dipetik dari inskripsi berbahasa 'Arab yang disalin oleh Hassan Mohammed el-Hawary
dari nisan yang berada dalam Bab Ma'la di Mekah

(1) Atas nama Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dia adalah Yang Hidup.
(2 - 3) "Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati" (al-Qur'an, 10: 62). Ini kubur orang yang memerlukan Allah ta'ala, Sayyidina
(4) al-Shaykh al-saleh yang mengabdi kepada Allah, orang zahid, al-shaykh al-Murabit (yang berjuang di perbatasan, atau yang bertekad)
(5) tambang hakekat Ilahi, al-Shaykh Hamza b. 'Abd Allah al-Fansuri
(6) semoga Allah menganugerahinya kasih sayang-Nya dan menerimanya dalam sorga-Nya! Amin! Dia dipulangkan,
(7) oleh kesetiaan (?), kepada rahmat Allah ta'ala pada fajar hari suci kamis
(8) tarikh 9 bulan Allah Rajab yang esa lagi suci, tahun
(9) 933 Hijrah Nabi (yakni 11 April 1527). Kepada sahabatnya
(10) berkah yang terbaik dan selamat yang terluhur, semoga hadir (???)

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top