ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Di Mana Engkau Tuhan?

++ Nota: Dia tetap begitu, sudah sekian lama tiada jua berubah keadaan dirinya yang asyik sakit dan ronta meronta. Setiap hari kesanggupan kakinya bisa menapak jauh berkilo-kilometer. Sekejap dia pulih, selang beberapa ketika dia sakit kembali. Sakit di mana? Orang berkata dia 'GILA', tapi tidak bagi aku. Dirinya tetap dirinya yang asal. Dia masih tetap bergaji bulan, masih memikul tanggungjawab sebagai 'government servant', punya keluarga. Dia tidaklah malang. tiada juga aku kasihankan akan dia. Namun mengenang akan dirinya membuat aku duduk lama sambil memikirkan berapa ramai insan yang ingin menjadi seperti dia? Mencari Tuhan-Nya merata-rata...

~ Di Mana Engkau Tuhan? ~

Terjerit-jerit seorang teman
ke mana-mana dibawa lara dirinya
menjerit-jerit dan terus-terusan menjerit
sambil berkata:

"Di mana Tuhan! Mana! Tolong carikan,
beritahuku dimana Tuhan berada!"

khalayak sudah tiada diendah
hatinya remuk semakin parah
semakin susut tubuhnya lemah
Tuhan di mana katanya sampai ke sudah.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top