ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Daku kumpul statusku di laman ini

++ Nota: tiadalah aku bosan tetapi sengaja aku ulang kembali siaran di sini buat tatapan mataku sendiri.


Setiap yang dikata akan dipertanggungjawabkan di hari pembalasan. Kita bakal mengusungnya pergi menemui Tuhan. Marah dimarah insan tiada mengapa bisa kutahan. Tetapi apa boleh kubuat andai mendapat kemurkaan Tuhan.

"Tolong buang pelakuan hipokrit,
Ini pegangan pemikiran sempit;
Tak ubah laksana perilaku ifrit,
Susah diubah barang sedikit."

Tergoda kepada cantik yang zahir? Ini perkara biasa. Pernah aku titipkan tentangnya:

"Biarlah kulit hitam amat,
Asalkan hati putih berkilat;
Apa guna kulit kuning langsat,
Hati busuk dirinya bangsat."

Bagaimana? Masih mahu mencari zahir?

Selama Ini:

"... akuilah dengan rela hati bahawa kita selama ini mengangkut berkarung-karung 'Kalau' di bahu kita. Semakin hari semakin berat beban 'Kalau' kita pikul ke mana-mana. Orang lain telah berjaya mengapai bintang; kalian masih kekal dengan 'Kalau' hingga ke akhir hayat. Entah bilalah hendak maju agaknya?"


Kepada diri sendiri aku bertanya akan sebabnya...

Seandainya kalian menemukan keganjilan pada dalil hadith yang melanggar logik akal dan menyalahi prinsip syariat, ada baik kalian selidiki kembali hadith berkenaan. Namun, sekiranya kalian menemukan sesuatu yang kononnya tidak relevan di dalam ayat al-Quran pada logik fikiran kalian, maka yang perlu diperiksa bukanlah ayat berkenaan, tetapi otak kalianlah yang wajib diperiksa kembali.

Betapa mudahnya berkata akan perkara:

1. Haq
2. Bathil

Tetapi, kalau sekadar di mulut, kambing pun mampu ucapkan seandainya Allah SWT memberikannya peluang 'tuk bersuara; berkata-kata...

NE
....PO
.......TIS
............MA
semakin beranak-anak
orang asyik berkata-kata dan kata

"... ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi"

Ini kata basi
layak bukan kayu pengukur
seolah orang lain tiada layak jadi pemakmur
dengan hati jujur berperibadi luhur

Kalian ada 'kabel' besar 'tuk jadi pemudah langkahku menyumbat masuk ke dalam jabatan2? Kita sering berdepan dengan masalah 'Kabel'. Benar, ada yang layak 'tuk memegang jawatan. Namun, takkanlah dari bapak turun ke anak turun ke pak cik turun ke cucu membawa ke cicit?

"Sarat lemak segala-gala,
Sarat muat diukur kira;
Sarat pejabat penuh isinya,
Sarat oleh pengamal nepotisma"

selamat pagi dunia. Maha Suci Allah yang berkuasa atas sekalian hari dalam seminggu. semoga isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat bisa membahagiakan diri. dan semoga kepala kita kekal berada pada tempatnya, begitu juga dengan anggota yang lainnya. semoga hari ini terlepas kita dari hujah penuh dangkal kedungu-dunguan, juga dengan penuh harapan agar alam yang kita duduk kala ini tiada mengelirukan diri adanya.

Tuan-tuan dan puan-puan,

"Alangkah enaknya andai berjaya memakan nasi yang hampir basi pada hari semalam sehingga menjilat jari kerana itu masih bisa dikira sebagai lumayan berbanding berasa enak terliur-liur seolah memakan spageti, tetapi sayang ia sekadar bisa dimakan di dalam mimpi..."

Duhai tuan2 dan puan2,

"Kemelaratan hidup yang dialami di dunia bukan diukur dari pakaian comot kotor atau yang koyak rabak kerana sekarang ini ramai yang memiliki persalinan yang cukup, malangnya... Hati mereka melarat, sakit kecil yang melekat dirasakan berat, tak salah seolah dunia mahu kiamat."

Duhai tuan2 & puan2,

"kejatuhan nilai moraliti manusia di muka bumi semakin terhakis.Telah banyak bukti yg Allah tunjukkan,dtg segala bala sahut-sahutan.Setiap hari hangat dibualkan;negara itu,negara ini.Natijahnya apa?Beranjakkah kita menuju jalan benar tanpa membengkok kiri kanan?Hari ini ada insan telah pergi,kita usung dia ke kubur...an.Namun jalan kita tetap sama tak berubah walau batu dilempar bagaikan hujan!"

Duhai tuan2 & puan2,

"Demi Allah,aku turut bertumpang sedih mendengar Jepun terkena gempa,berkabung orang duka nestapa,berkata mereka inilah ujian buat insan di sana.Ya,aku juga sedih,sekalian orang merintih pedih.Namun,apa guna sekadar mampu berkata sedih,pengajaran tiada diambil dari bala yg dtg bertindih2.Aku lebih sedih mereka dgn ...agama mereka,matinya mereka tanpa tahu siapa Tuhan sebenar mereka.Kita bagaimana?"

Ingatlah tuan-tuan dan puan-puan,

"... dalam perlumbaan mengejar kemajuan teknologi dan ekonomi mengakibatkan timbulnya perasaan ghairah 'tuk menempa nama jauh hingga ke antarabangsa. Namun bukan itu halatuju sebenar kita. Alangkah bahagianya andai bisa ternama di persada antarabangsa, akan tetapi betapa buruknya menjadi salah seorang dari antara bangsat."

Semakin pudar suasana agama; petanda kiamatnya dunia sebelum tiba waktu yang sebenarnya. Kita tetap sama mengusung angan, tetap sama memagar mimpi. Hati tetap berdaki, dosa semakin berat dipikul hari ke hari. Fikir mati? Lain kali... [via Celcom SMS]

Korupsi ibarat
rentan tubuh
yang sukar
disembuhkan.
Ia akan
terus memakan
segala sel
yang ada
dalam tubuh
hingga tiada
lagi yang
tinggal
asli
p
a
d
anya
Korupsi
membangkit
energi-energi
negatif. Dan
setiap yang
negatif
tiada
diterima
Tuhan
a
d
anya

Halalkanlah yang halal, haramkan yang haram. Dan yang samar-samar itu tinggalkan. Jangan pula yang haram dihalalkan, dan yang halal jadi samar-samar. Akhir zaman, sekalian kita keliru dengan label; hiduplah dengan label. [via Celcom SMS]

Hidup ibarat medan pertempuran. Setiap pertempuran perlukan para pejuang, dan pejuang memasang panji perjuangan. Lalu? Perjuangan perlukan pengorbanan. Tanpa pengorbanan, usah bicara tentang perjuangan. [via Celcom SMS]

Dunia ini
bukanlah damai kekal
letakkan ia di penjuru matamu
rasailah degup jantungmu
membisik resah
saban waktu
sering
cuba
me
.....ngetuk
............. pin
..................tu
h
a
t
i
ku
.... se
........la
..........lu

tanyaku
padamu
tentang ilmu
Alif, Ba, Tha yang kau
ulang sebut beberapa minggu
apa kaumahu ia kekal dalam dadamu?
ya, tuan. memang inilah kumahukan
dahulu tak pernah terdetik dalam fikiran
kerana aku sering bermanja di meja perjudian
aku juga seorang yang kepingin hidup mabuk-mabukan
kini kurasakan kosong perlukan bantuan
di sini aku mulai mencari pedoman
mohon tuan tunjukkan jalan.

Gah agung 'Pusat Gedung Ilmu' kononnya
dilambung-lambung mekar nama di persada
dicanang-canang merata-rata para graduannya
melimpah tumpah segala kadang hasilnya hampa
entah apa jelek dipandang pada laman 'web' mereka
natijah tiada tetap selang berganti ikut keadaan
ternyata ini memaut beban
bagi orang nan jauh di hulu pedalaman
entah di mana otak mereka letakkan?

Alif Lam Lam Ha Maha Besar-Nya Dia
Alif Lam Lam Ha Maha Kuasa-Nya Dia
Alif Lam Lam Ha Maha Suci-Nya Dia
Alif Lam Lam Ha Maha Tunggal-Nya Dia
Alif Lam Lam Ha Raja Segala raja
Alif Lam Lam Ha Tiada perlu sesiapa
Alif Lam Lam Ha tiada mula dan akhirnya
Alif Lam Lam Ha Dia Dia Dia
Alif Lam Lam Ha di mana-mana ADA
Dia bersama segala sifat-Nya terpelihara

Dunia, semakin kaukejar semakin kuat serakahmu... [via Celcom SMS]

PADAM: Segala ucap kata yang dirasakan baik dan wajar 'tuk dipapar wajar dikekal, usah dipadam kerana tindakan memadam 'bakal' menjatuhkan 'kredibiliti' kalian dalam menyampaikan sesuatu yang benar. Usah khuatir, selagi tak bercanggah dari sisi agama, tiadalah masalah adanya...

"Dunia adalah sebuah apartmen"

Inilah kata2 sasterawan negara Anwar Ridhwan. Dan ada baik ditambah,

"Dunia adalah sebuah ilusi bukan fantasi, ia sebuah realiti yang akan lebur sebaik sahaja hidup kita berakhir mati."

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top