ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Bukan Angan Sang Keldai Yang Aku Mahu

++ Nota: aku berlepas tangan tentang sijil-sijil atau diploma-diploma atau kertas-kertas ijazah-ijazah atau sarjana-sarjana kerana aku tidak memiliki itu semua (berhentilah dari terus bertanya kerana jawapan aku tetap sama. TIDAK ADA!). Jadi apa yang ada? Hanya Ijazah Sarjana Jalanan yang mampu aku pamerkan, itupun ia terbuka hanya buat mereka yang mahu memahami perjalanannya. Hidup ini tidaklah aneh kerana yang berasa aneh itu kita, dan terpulang kepada kitalah menentukan tinggi rendah keanehan itu. Di zaman baginda nabi SAW dahulu pun sama, masyarakat Arab terkejut dengan keanehan ajaran yang dibawa oleh baginda nabi SAW. Dan lihatlah hasilnya, keanehan itu membuahkan hasil apabila Islam berjaya disebarkan ke seluruh muka bumi. Namun di akhir zaman (kini), ia (Islam) kembali menjadi suatu perkara yang aneh apabila umat manusia mula meminggirkan agama dari kehidupan sehari-hari. Lama kelamaan, pasti ia akan susut nilai sebagaimana indeks di komoditi pasaran saham BSKL. Islam tidak akan pernah rendah martabat; tetapi umatnyalah yang semakin rendah moral dan semakin hari semakin jauh menjauhkan agama di sisi kehidupan mereka, tanpa ada rasa malu akan semua itu.

aku bukan keldai
yang sekadar mahu
dan terus mahu
menggalas
kitab-kitab di belakang
tuboh.

aku bukan keldai
yang sekadar mahu
dan terus mahu
menyuarakan
apa yang aku tidak
tahu di khalayak
semata-mata mahu
gelar nama
yang tetap akan aku
tinggalkan
suatu hari nanti.

maaf, tidak mahu
aku mencontohimu
keldai

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top