ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Bicara Dari Dinding FB Profesor Abdullah Hassan: Tentang Bahasa Inggeris

++ Nota: tidak aku ingin sekadar berkongsi fikir tanpa diambil iktibar atau renungan bagi mereka yang sering melawat blog aku ini. Cuba baca dahulu pendapat Prof Abdullah Hassan tentang pengangguran graduan universiti yang dikatakan tidak mendapat pekerjaan kerana kelemahan mereka berbahasa Inggeris. Sejauhmana kebenaran ini agaknya? Wajar juga kita berfikir tentang hal sebegini sekala sekali. Eh ...? Ikuti hujah Prof. Abdullah Hassan seperti di bawah.

Kata seorang Naib Canselor, 70,000 graduan universiti tempatan di Malaysia tidak mendapat pekerjaan kerana kelemahan berbahasa Inggeris.

Lojiknya: Orang yang fasih berbahasa Inggeris mesti mendapat pekerjaan.

Apabila saya semak dalam internet, kadar pengangguran dalam negara yang penduduknya fasih berbahasa Inggeris, saya dapati jumlah ...pengangguran pada bulan Januari 2011 adalah seperti berikut:

Australia: 5% (22.5 juta) bermakna 1.1 juta menganggur.
Canada: 7.8% (31.1 juta) bermakna 2.4 juta menganggur
Ireland: 13.40% (6.2 juta) bermakna 83,000 menganggur
Britain: 7.9% (61.1 juta) bermakna 4.8 juta menganggur (Okt-Dis 2010)
Amerika Syarikat: 9% (308.0 juta) bermakna 27,7 juta orang menganggur
New Zealand: 6.8% (4.3 juta) bermakna 292,400,00 menganggur(Dis 2010)

Semua yang menganggur ini fasih berbahasa Inggeris. 70,000 yang tidak mendapat pekerjaan di Malaysia itu jangan-jangan pekerjaannya yang tidak ada!

** Kredit buat: Prof. Abdullah Hassan

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top