ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Bicara Dari Dinding FB Profesor Abdullah Hassan: Gowa dan Mana Sikana

++ Nota: Hari ini hari mengulang tampal kekata dari dinding facebook milik Prof. Abdullah Hassan yang kadang agk kontroversi itu (entah apa kontronya). 20 jam yang lalu beliau (Prof. Abdullah) memuat naik gambar Mana Sikana (Dr Abdul Rahman Napiah). Apa yang menarik dalam perbualan mereka? Ikuti sembang mereka...

Saya bertanya pada Mana Sikana semasa minum-minum selepas solat Jumaat,

Prof. Emeritus, "Kenapa Tuan tidak menjawab sms saya? Saya bertanya betulkah Gowa yang tersebut dalam Sejarah Melayu itu letaknya di Sulawesi ..., semua orang sebelum ini mengatakan itu Gowa di India!"

Mana Sikana, "Betulkah Tuan Profesor ...??"

Prof. Emeritus, "Cuba tengok catatan dalam telefon Tuan!"

Mana Sikana, "Saya tidak tahu menjawab sms ..."

Prof. Emeritus, "Lah!!! Tuan ini betullah daripada zaman batu agaknya!!!"

Mana Sikana, "Saya cuma tahu buka dan tutup, dengar panggilan dan jawab! Yang lain saya tidak tahu! Tetapi ini telefon mahal tahu? RM2k"

Prof. Emeritus, "Buat apalah telefon berharga sejuta pun!!!!"

Halim Ali mencelah, "Di India, dibawa oleh Portugis ke sana!!! Saya sudah kaji dalam tahun 1990."

Prof. Emeritus, "Saya fikir Mana Sikana betul, Gowa itu di Sulawesi. Saya sudah bertanya pada Makcik Google. Betul ada Gowa di Sulawesi, semanjung terletaknya Makassar. Portugis datang dengan misi menghapuskan Islam, mereka tidak akan menyimpan buku begitu. Mereka membakar baitul hikmah di Cordova, di Al_Hambra, di Toledo dll. ... Tentulah Gowa ini di Sulawesi, tempat raja-raja Islam ..."

Halim Ali, Hamid Mahmood, Azhar Wahid, Mana Sikana ... terus minum Lian Chee Kang ...

Yakin betul agaknya, atau dahaga sangat.

** Kredit diberikan buat: Prof. Abdullah Hassan

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top