ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Apa Kaubaca - Belatuk?

++ Nota: Dunia semakin senja; telah sampai ke penghujungnya. Zaman dahulu insan yang mengajar agama dicari, dituntuti. Namun sekarang ia tidak berlaku begitu. Zaman ini zaman berbayar. Hampir segalanya perlu dibayar dan pembayarnya hanya perlu mencari iklan di ruang iklan akhbar; dan guru agama yang mengiklankan perkhidmatan mengajar akan terus datang ke rumah. Suatu keterbalikan budaya di hujung zaman, semakin kalut dan tertekan. Bagaimana pula dengan khidmat yang tidak berbayar? Sama sahaja.Tak ramai pengunjungnya. Barangkali orang semuanya sudah berjaya menjadi pandai, atau sebenarnya bodoh alang yang tiada berkemahuan untuk menjadi pandai mengaji Quran? Pada ketika aku sedang duduk menunggu, lahirlah 'Apa Kaubaca', istimewa buat bijak pandai yang tak mahu belajar mengaji Quran. Barangkali kerana al-Quran ini membosankan? Mungkin (bagi mereka)? Kubur kita tak seliang, di lahad yang sama. Aku sekadar mengingatkan diriku sendiri, dan untuk kalian hanyalah sekadar memikirkan buruk dan baik, itulah namanya pertimbangan fikiran. Sekian...

~ Apa kaubaca - Belatuk? ~
Oleh: Si Belatuk Hud

Apa kaubaca
Apa kaurasa dalam dada
Apa yang kausibuk hitung kira
Apa kaukira itu bisa Dia terima
Tergamak aku seorang menanti di sini
Seorang lagi di ruangan ini
Kebiasaannya begini
Tiada, cari dicari.

Oh, belatuk
tidak aku
kepingin
menjadi
seperti
kamu.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top