ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Al-Hukum @ Al-Ahkam - Ingatan buat diri tentang hukum dalam Islam

++ Nota: sebenarnya apa yang aku tulis di bawah ini adalah buat peringatan buat diriku sendiri. Seandainya ia baik buat kalian, manfaatkanlah ia tanpa ada rasa bersalah adanya.

(i) Amalan Islam amatlah indah,
Tiadalah ianya terlalu susah;
Penawar insan yang gundah,
Penghilang duka kala gelisah.

(1) Terlantar sakit jumpalah tabib,
Namun Allah jua penyembuh-Nya;
Bermula amal dengan yang wajib,
Segalanya mesti diperbuat adanya.

(2) Islam serlah jauh sampai ke kutub,
Terang cahaya bak bulan purnama;
Yang kedua pula dinamakan mandub,
Tunai berpahala tinggal tiada mengapa.

(3) Berlayar bahtera di waktu malam,
Karam terdampar di inderapura;
Yang ketiga ia dinamakan haram,
Dibuat berdosa taubat ubatnya.

(4) Jernihkanlah mana jiwa yang keruh,
Tekun beramal benar sebaik-baiknya;
Keempat dinamakan ianya makruh,
Ditinggal berpahala buat tiada mengapa.

(5) Mudahkan sahaja mana yang susah,
Tiadakan telagah penambah resah;
Kelima disebut namakan adalah mubah,
Tiadalah wajib tiada pula ia ditegah.

(ii) Cukuplah sudah kelima-lima,
Amal yang baik beroleh pahala;
Diperbuat jahat akan ia beroleh dosa,
Buat dihitung kira di akhrat sana.

** Ralat: pembetulan telah dibuat pada rangkap terakhir (ii), pada mulanya hanya 'Diperbuat akan ia beroleh dosa', ketinggalan 'Jahat' pada tengah ayat. Maka telah aku tambahkan ia mengikut kepada tulisan asalku. Sekian. Harap maklum.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top