ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Aku, Istak dan Iran...

++ Nota: sebagaimana aku meminati minuman keluaran Iran ini, demikian jugalah kuatnya perasaan berkata begini.

"Daripada menjalin hubungan dua hala antara negara kita ini dengan Turki, adalah lebih baik menjalin hubungan dengan Iran seperti produk minuman 'Istak' yang tembus pasarannya hingga ke tanah air ini. Apa ada pada Turki? Sekadar ada tinggalan kerajaan lama sebelum dijatuhkan oleh Kamal Ataturk yang meninggal dunia tanpa dikubur lalu terpaksa dimonumenkan dan digazet sebagai tugu peringatan."

Manfaat lawatan rasmi Najib ke Turki utusan lama

LAWATAN rasmi pertama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama delegasi yang terdiri daripada beberapa menteri, anggota Parlimen dan pegawai kanan kerajaan ke Turki yang bermula 21 Februari lalu bakal memberi manfaat besar kepada Malaysia.

Ia bukan lawatan biasa, sebaliknya lawatan yang bakal membawa pelaburan besar yang boleh memberi manfaat kepada rakyat negara ini. Beberapa perjanjian persefahaman melibatkan usahawan dan pelaburan diadakan sepanjang lawatan rasmi tiga hari itu.

Antaranya adalah perjanjian persefahaman antara SME Corp. Malaysia dan KOSGEB (Pertubuhan Usahawan Kecil dan Sederhana) Turki serta perjanjian antara DRB-HICOM Defense Technologies Sdn. Bhd. Malaysia dan FNSS Savunma Sistemleri A.S. Turki. Selain itu, turut diadakan adalah Mesyuarat Meja Bulat Tokoh Perniagaan Malaysia-Turki anjuran Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Global Movement of Justice, Peace and Dignity anjuran bersama Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa dan International Movement for a Just World.

Kesemua usaha itu dilakukan demi memantapkan hubungan dua hala dalam sektor ekonomi antara Malaysia dan Turki. Banyak faedah bakal diperoleh daripada kerjasama tersebut yang mana hasilnya akan dapat dikongsi bersama rakyat negara ini.

Sememangnya, setiap lawatan ke luar negara yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau para menteri bertujuan membawa masuk pelaburan baru ke bumi bertuah Malaysia. Ia bukan lawatan sekadar suka-suka atau sekadar menjamu mata melihat keindahan negara luar.

Sungguhpun begitu, rakyat negara ini seharusnya turut sama memberi komitmen dalam menjayakan segala usaha dan rancangan ekonomi yang telah dan akan dilaksanakan kerajaan. Tanpa komitmen dan kesungguhan rakyat sendiri, maka segala usaha kerajaan akan menjadi sia-sia sahaja.

Lawatan ke Turki itu juga memberi sesuatu yang baru kepada rakyat negara ini. Bayangkan Turki yang tidak mengagungkan bahasa Inggeris mampu muncul antara negara terkenal dunia dalam industri pelancongan. Penduduk negara itu bangga dengan bahasa kebangsaan dan hampir tiada papan iklan menggunakan bahasa Inggeris.

Sungguhpun begitu, pelancong dari seluruh dunia datang menderu-deru melewati tempat-tempat menarik di negara itu termasuk dari Malaysia yang pasti melawat Masjid Biru. Uniknya masjid di Turki adalah ia dikaitkan dengan perjuangan awal Recep Tayyip Erdogan. Sebelum dipilih sebagai Perdana Menteri, beliau menjadikan masjid sebagai simbol perjuangannya melawan peraturan berpakaian Islam di universiti dan penjualan alkohol di tempat umum. Ini sesuatu yang boleh dicontohi pemimpin kita.

Sementara itu, rakyat Turki khususnya golongan menengah ke bawah disediakan tempat strategik untuk menjalankan urusan perniagaan. Langkah menyediakan prasarana untuk rakyat berniaga, bukan merobohkan gerai peniaga kecil wajar dicontohi oleh pihak berkuasa tempatan negara ini. Jangan pula jadi seperti Kerajaan DAP Pulau Pinang yang gemar sangat merobohkan gerai-gerai milik rakyat bawahan. Ada cara boleh digunakan untuk mengatasi limpahan gerai-gerai haram iaitu menyediakan tempat yang sah untuk mereka berniaga, bukannya merobohkan dan kemudian membiarkan peniaga kecil-kecilan itu terkapai-kapai (apa pula tiba-tiba menerjah orang lain ni?).

++ P/S: Err, bukankah telah keluar fatwa haram jikalau berkunjung ke pusara Kamal Ataturk oleh para ulama di negara kita. Kalau dah diharamkan, kenapa pergi juga?

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top