ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Warkah Buat Bonda Di Hari Kelahiranku Di Bulan Masehi


++ Dengan nama Allah Yang Maha Agung, Maha Suci Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Tiada 'kan berlaku sebarang pergerakan tubuh kita tanpa Izin dari-Nya, sama ada kiri yang bergerak terlebih dahulu atau terkemudian, atau kanan lebih dahulu melangkah sementara kaki kemudian itu tidaklah menjadi persoalan kerana Dialah yang menggerakkan, Dialah Allah, Tuhan Yang Maha Tunggal dan tak berkurang barang sedikitpun Kekuasaan pada kerajaan yang dimiliki-Nya, Dialah Raja Segala Raja dari sekalian raja yang ada di dunia.

Tahun kelahiran sebenar

9 Rabi'ul Awwal 1399, jatuh pada hari rabu tahun 1979. Sebagaimana kelahiran manusia yang lainnya, prosesnya tetap sama; bermula kita dari sana dan akhirnya keluar juga dari sana (tiada seorang pun yang terlepas dari fitrah kejadian ini. andai berlaku kelahiran secara pembedahan, itu juga sama, yang berbeza hanya jalan keluarnya sahaja!). Pernahkah kalian menonton filem 'Sang Pemimpi'? Gelaran apakah yang si Ikal beri buat ayahnya? Si Ikal meletakkan tempat ayahnya sebagai 'Juara Satu'. Ini suatu penghormatan yang wajar diberikan buat insan yang bergelar ayah, atau bapa atau segala nama yang datang dari pelbagai bahasa yang ada muka bumi. Begitu juga dengan insan yang kita angkat sebagai wirawati yang melahirkan kita, siapa? Itulah dia bonda kita!

Dari mana kita datang?

Beleklah kembali nota-nota agama yang kita pernah pelajari suatu ketika dahulu (bertanyalah kepada yang tahu perihal yang kurang kita ketahui ini. anggaplah kita kekurangan dari segala serbi. apa guna menjadi pandai andai tetap menyarung jersi kebodohan tanpa kita sedari?). Ada disebutkan di dalam al-Quran,

" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "

(Surah al-Insan: 2)
Sehinggalah kita (sebelum menjadi orang) terhasil dari keberjayaan sperma menembusi ovum dan akhirnya tertanamlah kita di dinding rahim bonda sebelum terjadinya suatu proses lagi iaitu mejadi segumpal darah! Apa pula yang terjadi selepas proses ini? Sebaik sahaja kita (sebelum menjadi orang) berubah dari segumpal darah menjadi seketul daging. Lihat betapa hebatnya Allah s.w.t yang menetapkan fitrah kelahiran kita (sebelum kita berjaya menjadi orang). Biarlah surah al-Mukminun menerangkan akan segala isi yang tersurat dan tersirat perihal kejadian sebelum kita dilahirkan,

"Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu Dengan daging. setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk Dia menjadi makhluk Yang lain sifat keadaannya. maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta."

(al-Mukminun: 14)
Apakah ayat di atas kita ragui kesahihannya? Maha Suci Allah Yang Melindungi Kesucian Kalam Yang diturunkan buat hamba-hanmba-Nya.

Dan akhirnya setelah usai proses-proses tadi terbentuklah sifat-sifat manusia dari tiada berupa kepada ada rupa (kurang jelas kadang-kadang, belum tahu kita kacak ataupun tidak. tapi perlu diingatkan bahawa kita ini dijadikan Allah sebaik-baik kejadian. ini bermakna kita istimewa waima kita cacat selepas bermulanya nafas kita di luar rahim bonda!). Apa pula terjadi selepas itu? Proses kejadian kita diatur cukup sistematik, tiada mampu aku mengulas panjang kerana selepas mengalami proses yang kompleks, kita mula mendapat pemberian Allah s.w.t iaitu ssistem saraf, usus dan perut, dan tulang belakan mulai terbentuk (sebelum menjadi orang).

Dan serentak dengan kejadian2 tadi sistem pernafasan kita dari hidung ke mulut ke paru2 mula kelihatan (tak menjadi orang lagi). Selepas itu? Terbentuklah organ pembiakan, kelenjar, hati, buah pinggang dan beberapa lagi yang terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Dan setelah berusia 8 minggu, semuanya telah lengkap kejadian kita (sebelum menjadi orang) apabila telah sempurna diadakan bahagian-bahagian tubuh kita yang tiada kepada ada. Menyentuh soal proses kejadian, tiadalah mampu aku ulas panjang, cukuplah sekadar ada fakta bersama sedikit dalil daripada al-Quran sebagai bukti yang tidak bisa kita pertikaikan. Sila buka Quran, surah al-A'raf (172) yang bermaksud,

"Dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil ia bertanya Dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini"
(Surah al-A'raf: 172)
Apakah kita (sekalian manusia) lupa akan proses yang Allah s.w.t susun atur seteliti ini? Kejadian kita bermula dari setitis air mani itu sebenarnya bukan sekadar suatu proses membentuk fizikal zahir semata-mata, tetapi ia sebenarnya saling berhubungan dengan Allah s.w.t (sejak kita berada di alam rahim lagi. mudah cerita dari proses yang awal-awal lagi) melalui ikatan kesaksian kita (sebelum lahir menjadi orang) kepada Allah s.w.t.

Lalu apa pula yang terjadi setelah usainya proses ini?

Ditiupakan roh dan lahirlah kita ke dunia dan bersedia mengharung dunia baharu sebelum kembali pada asal mulanya kita iaitu kembali berpulang ke pangkuan-Nya! Ada sesiapa yang mahu membantah tentang proses kejadian ini?

Kepadamu bondaku, engkaulah ratu hatiku (sila rujuk lirik lagu arwah P. Ramlee). Namun persoalannya, apakah kita benar-benar mengenang akan jasa bonda kita? Semoga aku tidak menjadi anak derhaka yang membuang ayahanda bonda ke rumah orang-orang tua atas alasan yang tidak pernah dibuat oleh mereka berdua. Aku bukan Malin Kundang (si tanggang) yang lupa pada bondanya sendiri. Nauzubillahi Min Zalik. Jauhkanlah Ya Allah diriku dari berpelakuan seperti kacang lupakan kulit; ibarat si Tanggang yang lahir ke dunia akhirnya membawa pulang kehampaan kekal yang takkan mampu diulangtayang lakon layarnya ('kan setiap kita memegang satu watak selama hidup di dunia yang sifatnya sementara dan akan kita tinggalkan jua sebaik sahaja masa kita telah tiba menemui Dia, Tuhan Yang Maha Tinggi!


[++] tulisan ini tiada diedit langsung. tak usahlah hendak dipertikaikan sangat (namun kalau tersalah kata, tegurlah hamba kerana patik ini hamba yang hina). Moga Allah merahmati dan memberikan kesihatan yang berpanjangan kepada kedua orang tuaku. Tanpamu bonda, tiada aku berada di dunia (atas izin Allah jua). Terima kasih bondaku. Itu sahaja. Sekian. Wassalam [...]

1 comments :

HASANUDDIN MD ISA said...

sangat baik tulisannya

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top