ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Ulat: Sebuah Realiti Hidup Manusia

++ Nota: Pernah aku bertemu seoang hamba Allah yang berkata dengan bangganya bahawa dirinya tiada langsung punya masalah. Wah, berapa punya bagus kalau benar tiada masalah. Dan disebabkan aku teringatkan hamba Allah yang berkata begini, maka lahirlah sajak 'Ulat: Sebuah Realiti Hidup Manusia' istimewa aku tujukan buat dirinya (juga diriku tapi aku tak pula berkata sepertinya. beraninya dia).

Manalah ada insan tiada punya masalah
Andai ada belumlah lengkap segala sifatnya
Namun tentang bahana dan musibah
Itu ujian dari Allah Yang Maha Esa

Apa dielak takdir
Kerana takdir takkan minggir
Kerana itulah kauterus khuatir
dan pastilah jalanmu
bertambah getir
liku berliku

Namun
mengenangkan nasib
sang ulat
yang diam
di celah batu
bisakah aku, dirimu
menjadi seperti itu

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top