ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Teori-Mori Konspirasi yang payah 'tuk diterima akal sihat


# Teori-Mori dari Malaun yang konon prihatin dengan bangsa mereka, tetapi dalam diam mereka menjatuhkan sebenarnya!

Apabila ... Dot dot dot ... menghamburkan rasa panasnya dengan teori-mori dari orang yang berfikiran sinting. Pada mulanya aku sekadar menggelengkan kepala (secara automatik). Betapa bengalnya otak insan yang menganggap diri mereka terlalu bijak dengan segala macam teori seterusnya menyalahkan karya orang lain yang kononnya menyalurkan olah karya bangsa Yahudi. Lihat saja 'link' di bawah ini. Sila baca para kedua yang membuktikan bahawa pemilik blog itu sendiri tidak pasti akan kebenaran cerita, dapat pun dari email yang di'foward' oleh orang lain yang entah 2 x 5 tongongnya. Sudahlah tak tahu akan kebenaran, siap kata 'Kongsikan Bersama'. Apa yang hendak dikongsikan dengan kebenaran yang masih kabur tak tentu haluan? Bilalah agaknya umat manusia (Islam khususnya) mahu beranjak, maju ke depan agaknya?

Apa masalahnya dengan watak kartun Ipin dan Upin? Bukankah isinya menarik untuk tujuan penyatuan bangsa? Entahlah, kadang-kadang apabila difikirkan kembali, mungkin insan yang suka berteori-mori seperti ini akan mengaduh kesakitan. Apa tidaknya, bayangkan saja berapa jenis produk yang di keluarkan oleh mereka yang datang dari susur galur Yahudi? Tak perlulah kita bandingkan produk, ingat kembali berapa jenis keperluan yang kita beli setiap hari dari bangsa ini (Yahudi)? Semakin karut bayangan yang hendak aku guraukan malam ini, bagaimana Levi's digemari di sana sini? Tidakkah mereka (Insan Teori-Mori) terbayang akan kebodohan mereka sendiri? Ah! Segalanya konon konspirasi.

Menyalahkan agenda konspirasi adalah salah mengikut pertimbangan akalku. Konspirasi ini suatu benda yang sulit untuk kita perkatakan, ia merupakan suatu perancangan yang terancang. Dan aku menyimpulkan bahawa setiap perancangan yang terancang itu datangnya dari Allah s.w.t, dan Allah tak pernah akan menyalahi segala janji-Nya. Siapa sebenarnya yang asyik meyalahi janji dalam erti kata yang tepat? Tunjuklah dada, KITAlah pemungkir janji itu. Berhentilah forwardkan info yang dangkal diterima akal semata-mata mahu menolong orang lain yang berniat buruk terhadap agama, bangsa dan negara dengan berbekalkan teori-mori yang cukup menggelikan anak tekak, dan membuatkan aku hampir nak muntah!

Uuuuweeek... Aduh, termuntahlah pulak!

1 comments :

Warna Warni Kehidupan said...

harap2 bukan malaysia

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top