ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Skim Gerila Piramid

++ Nota: 'Sampaikanlah kebenaran walaupun ia pahit untuk ditelan'. Alangkah bahagia kalau buku ini berada dalam pasaran. Motif dan objektif utama buku ini apa agaknya? Alahai, pasti sangatlah untuk menyampaikan info dan fakta lengkap berkenaan 'Skim Piramid' yang popular ujung zaman ini. Ada penerbit yang berminat untuk terbitkan buku seperti ini? Bukannya apa, sekarang ini kita berdepan berbagai jenis kes-kes yang bersangkut paut dengan 'Skim Piramid', tapi penyelesaian dan kefahaman orang (Bumiputera rata-ratanya) yang kurang arif dan mudah terperangkap dalam skim sebegini. Semua orang berkehendak menjadi kaya, namun jalan pencarian menjadi kaya itu bagaimana? Ini tidak, orang kita selalu benar mengambil jalan mudah (pintas, matlamat halalkan cara) dengan menggunakan modal yang rendah, kononnya pulangan yang bakal diterima berlipat kali ganda. Kalau cara  berfikir begini diamal dan diwariskan ke generasi seterusnya, insya-Allah, bertambah-tambahlah bebalnya kita dan anak-anak jua. Siapa yang tak hendakkan untung? Semua orang hendakkan untung, tapi caranya? Jujurkanlah diri dalam berniaga. Beringatlah sentiasa. Err, 'Skim Gerila Piramid' benar-benar berlaku. Kini mereka asyik bertukar kulit, tukar strategi. Jadi sebelum ada yang terjerat (dah ramai jatuh terbabas) kenalah kita sedarkan mereka dari terus berTuhankan skim menjatuhkan bangsa ini. Jatuhkan bangsa? Eh, apa tidaknya, cuba tengok siapa yang selalu benar membontoti orang yang terlibat dalam skim ini. Cis! Orang kita sendiri yang menjadi dalang merebahkan bangsanya sendiri. Entah apa untungnya dia berbuat begini???

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top