ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Sesingkat Masa Ku

++ Nota: Tiada yang kekal hidup di dunia ini. Sama ada sedar atau tidak, masa tetap akan berlalu dan mewaktu. Bagi yang sedar alhamdulillah, dan bagi yang tak sedar (seperti aku, seperti kamu. eh?), nauzubillah.

Sesingkat masa ku
yang bakal mewaktu
sama seperti bebunga itu
yang berkembang
dan akhirnya
layu

Tiada lagi
harum bunga
pada kelopaknya
yang pudar warna
hanya menanti luruh
dan jatuh
ke bumi

Ini nasihat
teruntuk buatku
nasihati aku
pada diriku
diri zahir
dan batinku

Sesingkat masa ku
yang bakal mewaktu
aku seperti kamu
tetap akan berlalu
tetap akan beradu
tanpa ku tahu
tanpa kautahu
akan waktu itu
menjemputmu

2 comments :

miss lolly a.k.a luvfareda said...

yes. bile2 mase je kite akan pergi meninggalkan dunia.

indri said...

cukup diri kita sendiri yg menghisab..to kematiaan yg akan menjelang entah petang atau siang yg pasti kan datang...iam not okey yet

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top