ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Seloka Emak Si Randang

++ Nota: Anggaplah aku sekadar ingin mencari sepoi-sepoi angin yang menyegarkan pada malam ini. Alhamdulillah, aku rasa semangat 'tuk menaip entri ini naik kembali walaupun aku baru sahaja tiba di rumah selepas berjaya melakukan tugasanku di hadapan 185 kepala insan yang bijak bistari. Apa kisah di sebalik gambar? Bermaknakah 'Seloka Emak Si Randang' 'tuk kita amati isinya kali berkali? Berjayakah ia melahirkan kefahaman kita tentang apa yang terjadi dalam negara kita sejak akhir-akhir ini? Ternyata unsur kritikan yang terdapat dalam 'Seloka Emak Si Randang' wajar untuk kita ambil perhatian. Mengapa? Kerana isu yang dibawakan dalam seloka ini benar-benar berlaku kini. Semoga sindiranku malam ini diberi perhatian, dan harap kita sama-sama kembali memikirkan agar tidak meniru perilaku Emak Si Randang yang berbudi yang tak kena pada tempat, dan suka melebihkan orang lain daripada anaknya sendiri. Ada baik kita merenung sebentar hujah Prof. Abdullah Hassan yang aku petik dari status facebook beliau (terima kasih, Prof),
Kata seorang Naib Canselor sebuah universiti terkemuka di dalam negara, "Pengajian Melayu mesti dipelajari dalam bahasa Inggeris, sebab bahasa Melayu 'will not take you far'."
Apakah kaitannya dengan 'Seloka Emak Si Randang'? Wah, rapat benar pertaliannya. Hairan bin Ajaib, kita maklum dengan perlembagaan negara yang meletakkan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, namun kini di mana ia diletakkan (artikel 152)? Fikir-fikirkan. Bukan ini sahaja yang perlu kita ambil perhatian, ada perkara lain lagi yang dah  mula beranjak ke tepi, dan tak mustahil ia akan dinyah pergi tanpa kita sedari! Sedarlah wahai bangsaku.
Baik budi emak si Randang,
Dagang lalu ditanakkan,
Tiada berkayu rumah diruntuhkan,
Anak pulang kelaparan,
Anak dipangku diletakkan,
Kera di hutan disusui,
Dagang pergi awak terhutang,
Beras habis, padi tak jadi.

P/S: Adapun seloka 'panas' ini telah diminta berulang kali 'tuk disiarkan oleh Pak Darma Mohammad (dari tahun lepas lagi) tapi aku tak siarkan pun. Dan akhirnya hari ini aku siarkan kembali buat tatapan mata kepada mereka yang sudi membaca (walaupun sebenarnya kalian sudah pernah membaca karya klasik berestetika tinggi dan ia berlaku kini; di zaman ini! Aku ulangi, ia benar-benar berlaku kini!).

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top