ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Sang Khatib Bicara Sendiri Di Mimbar Ini

++ Nota: Aku mengharapkan sesuatu yang baik bisa aku dapat setiap kali aku berada di dalam masjid sewaktu khutbah pada hari jumaat. Aku bukanlah salah seorang pemborak ketika khatib membaca khutbah, dan dengan ini rasanya melayakkan diriku yang hina ini berpesan-pesan kerana jikalau aku tidak menyampaikan, aku sendiri pun sama seperti kalian (jemaah yang berborak). Adapun kejadian ini berlaku tadi di masjid kampungku yang belum siap itu (entah bilalah mahu siap, dah lewat sangat patutnya september 2010 diJANJIkan siap. Senyum2 aku sedikit. Eh, sori...). Sebaik saja aku sampai ke rumah, kembalilah aku menulis lagi, bacalah seperti yang tertera di bawah ini

Sang khatib berdiri bak tunggul di atas mimbar
dengan rima keras kadang bunyinya agak mendatar
sementara jemaah di lantai masjid sibuk berkomentar
lari tersasar keluar dari topik sebenar
bicara khutbah bertukar hingar-bingar
tak ubah seperti berada di pasar besar

Sang khatib berdiri bak tunggul di atas mimbar
salahkah khatib dengan rima katanya yang hambar?
atau salah makmum yang ketegak tak mahu mendengar?
atau kerana anak kecil yang sudah bermani tak mahu sedar
sehingga firman Tuhan, dan Nabi habis dibiar?
Benarlah, maruah masjid di akhir zaman nyata sudah tercalar

Sang khatib berdiri bak tunggul di atas mimbar
entah mengapa manusia (kita seluruhnya) tak mahu sedar
bertahun-tahun duduk sambil tidur tak faham maksud sebenar
hingga saf masih lagi tembus berlubang ruangnya melebar
inilah petanda umat tak bersatu, hanya tinggal hujah berdegar-degar
entah bilalah mahu faham hujah Baginda Nabi yang sering diulang siar

" Barangsiapa yang bercakap-cakap pada hari Jumaat ketika Imam sedang membaca khutbah, maka ia bagaikan seekor keldai yang membawa kitab-kitab dan sesiapa yang berkata diam (kepada rakannya yang bercakap) tiadalah Jumaat baginya, Jumaatnya tidak sempurna. " hadith riwayat Imam Ahmad

entah bilalah manusia (kita) kembali sedar; hujah Tuhan juga dilanggar

" Dan apabila Al-Quran itu di bacakan, maka dengarlah akan ia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat. " (Al-A'raaf: 204)

malangnya kita (manusia) tak mahu dengar; apatah lagi mahu kembali sadar!

1 comments :

JaLiFaH BinTi MuHaMiN said...

Wahhhhhhhh...mantap rima di hujung puisi. Sangat menarik dibaca. Isi pun terkesan serta mudah difahami. Benar....tak dinafikan ada saja keldai yang berlegar-legar. Jangan gentar menghulur salam dan tegur. Semoga tidak tergolong orang yang mendengar tapi sebenarnya melanggar. All d best...chayoo..chayooo. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top