ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Revolusi Yang Tertunda

++ Nota: Setiap yang berkuasa antara manusia sesama mereka tiadalah akan kekal lama, ia pasti akan jatuh jua. Namun, sebagaimana fitrah, ibarat patah tumbuh hilang 'kan berganti, besok atau lusa pastilah akan ada yang mengganti menjadi kepala dalam masyarakat dan negara. Ada apa dengan Mesir, juga Tunisia? Revolusi di sana telah berjaya. Akan tetapi di Palestin bagaimana? Ada sesiapa yang berani jawab soalan aku ini?

Entah mengapa
Revolusi di Mesir dan Tunisia
kurang menarik 'tuk kuanalisa
waima 'Awan Hitam Di Kota Cairo'
hasil garapanku jua.
bukan kerana presiden mereka
atau kerana lenggok tua
wanita pertama mereka

Tetapi aku
terfikir akan sebuah perkara
kedua-dua revolusi dikata berjaya
Apa yang berjaya?
Tumbangnya
Zine al-Abidine Ben Ali
Jatuhnya
Hosni dan kroni
Malangnya di Palestin tak begini
meskipun revolusi batu
dilempar rakyat saban hari

Kini bahang 'Revolusi'
berangkat ke Bahrain
namun ia lambat tiba
di Palestin!

2 comments :

ibnuyassir said...

Ar Rayah World News

Pasti !!! Masjidil Al-Aqsa, Palestin Akan Dibebaskan

http://ibnuyassir.blogspot.com/

Ampuan Awang said...

ibnuyassir,

wah, semangat nampaknya ;)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top