ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Nama-nama tempat yang aneh dan pelik di Malaysia?

 

++ Nota: Adapun kisah bergambar ini diambil dari dinding seorang hamba Allah di laman sosial bernama facebook. Entri beliau (si penanda gambar) berkisah tentang "Nama tempat yang aneh di Malaysia, Tempat-tempat pelik di Malaysia" yang kononnya pelik bagi dirinya (mungkin juga bagi orang lain di dunia. mungkin?). Mari kita baca keterangan beliau:
Nama tempat yang aneh di Malaysia
Tempat-tempat pelik di Malaysia


MALAYSIA ini banyak nama-nama tempat yang pelik dan aneh bunyinya. Orang yang tak berotak “kuning” pun kadang-kadang tersenyum simpul apabila kita sebut kita tinggal atau berasal atau bekerja di tempat-tempat tersebut.


Siapa yang tak tersenyum kambing kalau sipolan kawan kita mengatakan isterinya orang BATANG BERJUNTAI ( sebuah daerah di negeri Selangor ).


Siapa yang tak tersengeh jika sipolan mengatakan suaminya orang MENGGATAL ( sebuah tempat di Malaysia Timur ).


Sebenarnya banyak lagi tempat yang namanya pelik-pelik seperti BATANG BURUK di Terengganu dan sebagainya. Ketika menaip ini cuma itu saja yang terlintas di kepala!


Tiadakah ada usaha pihak tertentu supaya nama-nama tempat yang pelik itu ditukar supaya maknanya tidak nampak lucah dan “segan” kita mahu menyebutnya. Tak bolehkah nama MUKAH ( sebuah tempat di Malaysia Timur ) ditukar menjadi lebih sedap dan sopan. Entahlah Labu , hehehe.

++ Motif: Err, apa sebab nama-nama yang konon pelik dan aneh ini perlu ditukarkan? Berikan sepuluh sebab (10). Ada apa pada nama? Ada banyak lagi perkara yang lebih penting dari memikirkan soal nama. Err, pernah dengar nama Abdul Siang bin Abdul Malam? Atau Fajar bin Menyingsing? Betapa indahnya tinggal dalam negara yang punya banyak nama-nama pelik. Sukanya aku. Eh, ada cadangan lain 'tuk tukar nama-nama tempat di Malaysia? Apa kata kita mohon agar kerajaan menukar nama kereta api Tanah Melayu (KTM) kepada kereta api Malaysia. Bagaimana? Ada berani? Eh [...]

~KukuNaga

2 comments :

aleeya husnan said...

nama Binatang *tempat lahir ayah* telah pun ditukar ke Bintangor.

nama Mukah, ramai yang tak tahu apa maksudnya; kecuali yang rajin belek kamus.

zara aluwi said...

Tak perlu diubah nama tempat kerana setiap nama tercipta ada titik sejarahnya dan ada enchantmentnya. Pada nama orang pula, kalau rasa malu atau hina... adalah lebih baik tukar saja. Apa-apapun... Kata orang kalau guna nama sendiri yang emak bapa kita bagi, lebih berkat tapi baik buruk semua ada dalam diri sendiri.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top