ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kerajaan WAJIB Halang Konsert Mohsen Namjoo! WAJIB!

++ Nota: Andai negara kita mengisytiharkan bahawa Islam adalah agama rasmi, maka kita (pemimpin atasan) harus dan wajib bertindak ke atas orang yang berada dalam gambar ini. Ikuti sekerat cerita yang aku petik dari laman blog sdr faisal tehrani berkenaan dengan hal si Mohsen Namjoo yang berfaham songsang, dan bakal menyongsangkan pemikiran anak muda kita yang menonton konsertnya. Persoalannya, siapa si Mohsen Namjoo? :)

++ Diharapkan agar saudara seagama dan setanah airku dapat menyebarkan info yang maha penting ini demi menjaga kesucian agama yang kita anuti selama ini. Apalah guna punya ulama, andai ulama kurang peka dengan hal seperti ini. Selamatkan akidah anak-anak muda kita dari terus dibuai irama lagu berlirikkan hinaan kepada Baginda Nabi s.a.w. Sekali lagi aku katakan, apalah guna punya negara yang mengisytiharkan Islam sebagai agama rasminya andai tiada tindakan dibuat bagi menghalang kemaraan musuh yang mulai menyusup masuk, dan mungkin telah lama berada di negara kita yang tercinta. Sila sebarkan info ini sebelum konsert dimulakan pada tarikh yang ada dalam gambar di atas. Sekian...

** Terima kasih buat saudara faisal tehrani atas makluman...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(Petikan dari laman blog faisal tehrani) sila klik url di bawah:

http://tehranifaisal.blogspot.com/2011/02/kerajaan-malaysia-wajib-halang-mohsen.html
Ini BUKAN surat saya tetapi surat S.M. Mohamed Idris, pengerusi Citizens Intenational/Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Alhamdulillah ada aktivis yang masih waras.


Beliau ikut membantah kehadiran dan rancangan konsert seorang penyanyi Iran bernama Mohsen Namjoo di Kuala Lumpur pada 18 November 2011 di KLCC Convention Centre(lihat sini). Kita pun tahu ada sejumlah rakyat Iran yang telah murtad bermastautin di negara ini. Antara kerja celaka mereka ini adalah mengedar dadah dan merosakkan citra ajaran Islam dengan tingkah laku mereka. Mohsen Namjoo, penyanyi biadab dan tidak guna ini adalah idola mereka. Si bodoh ini telah menghina al-Quran dan menyanyikan lagu-lagu dengan elemen cabul, lucah, erotik, kurang ajar dan tidak senonoh.
(ayat terakhir dalam entri beliau sungguh tepat dan kena pada tempatnya seperti memulangkan paku buah keras ke kepala mereka yang tak mahu mendengarkan pendapat... sila baca kata2nya di bawah ini)
* Sekiranya Mohsen Namjoo tetap menyanyi di Kuala Lumpur, tidak ada sesiapa yang rugi melainkan mereka yang membenarkan beliau menjejakkan kaki di sini (meskipun setelah ditegur dan diingatkan). Siap-siapkan jawapan di akhirat kelak.

8 comments :

Encik Blogger said...

kene halang.

JuanYuan said...

Subahanallah..wajib kita hentikan semua ni,,WAJIB..

Ampuan Awang said...

Encik Blogger / Juan Yuan,

memang kita kena halang, sila sebarkan info ini seluas-luasnya. Terima kasih... salam kenal dari saya (err, terbiasa aku ber aku-aku sebenarnya)

Pembawa_Wacana said...

Sebarkan di Sahabat Blogger Bro..situ ramai bloger aktif..mungkin tersebar lagi luas...

Ampuan Awang said...

pembawa wacana,

sahabat blogger? tak sempat tuk buat begitu sekarang, sebab aku hendak berkelana sebentar mencari damai... malam ini Insya-Allah, tak pun petang karang...

etykus said...

macam mana la dye dibenarkan buat konsert kat malaysia in the first place. ishh. inila effect dari pemimpin yang x memerintah berdasarkan islam..

bun said...

ish

tak abez-abez nak rosakkan islam

sebarkan

dunia dah nak kiamat

Ampuan Awang said...

etykus / bun,

itulah yang menjadi persoalan, macam mana kerajaan boleh ambil enteng soal artis ni? pelik benar kerajaan kita ini...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top