ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Katak Dalam Periuk

++ Nota: Apakah yang dimaksudkan dengan 'Katak Dalam Periuk'? Menurut kajian yang pernah dilakukan oleh sekumpulan pengkaji di luar negara ke atas seekor katak mendapati bahawa katak takkan melompat keluar dari dalam periuk, sekalipun api mulai dinyalakan dan kesudahannya si katak tadi mati dalam rebusan air panas. Apa dalam bayangan aku sebenarnya? Aku membayangkan bangsa Melayu kini berada di posisi yang sama seperti katak tadi. Kenapa dan mengapa? Kerana berasa diri masih senang dan selesa, lalu terlupalah dengan pengaruh lain yang sedang menghentam secara halus dari sisi diri. Tak cukup bukti? Fikir-fikirkanlah dahulu ...

Jangan jadi seperti katak dalam periuk.

# Skrin 'test' ... bacaan penuh ... 'Action!'

Cubalah tangkap seekor katak, masukkanlah ia ke dalam periuk yang berisi air. Adakah katak tadi akan melompat keluar? Jawapannya, TIDAK! Si katak tadi langsung tak melompat, malah dengan riang ia berenang di sekitar periuk tadi. Sebabnya? Mudah saja, kerana air dalam periuk itu sejuk, pasti selesa. Selamat katanya.

# Skrin 'test' ... bacaan penuh ... 'Action!'

Selepas itu, nyalakan api. Air yang sejuk mulai panas. Melompatkah si katak? Jawapannya juga, TIDAK! Si katak tadi beranggapan bahawa air yang panas ini tidaklah lama, pasti ia akan sejuk kembali, lalu berlegarlah ia lagi di sekitar periuk. Akhirnya? Si katak mati direbus. Sebabnya? Kerana ia menyangka keadaan yang selesa tadi kekal lama, rupanya tidak, panas air semakin memuncak, sudah terlambat baginya melompat keluar dari periuk 'tuk menyelamatkan diri.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top