ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Dunia Cacamarba; Entri Pun Begitu Jua...

Apa lagi hendak didondang, dalam kandang adanya perang, serah menyerah dibuang ke belakang, janji menang terus menyerang, sayup tangis ke mana hilang, tembak menembak tak kira orang; ibu, ayah, adik, kakak, juga abang; terbang hilang nyawa melayang. Bang! Bunyi bom, peluru peng peng peng. Ada yang gugur dengan gelar pejuang, ada jua mati katak nan telanjang! Peng!
Kata-kata di atas tak perlu diberatkan sangat kerana aku sekadar mahu berkongsi (status facebook) apa yang aku rasa dengan suasana dunia yang kini buleh dikata cacamarba keadaannya (mode sambil menggaru kepala). Isu apa yang menarik hari ini? Dari pagi sehinggalah membawa ke malam hari, aku cuba mengetik Google kekononnya mahukan maklumat berkenaan dengan situasi terkini di Mesir ketika ini. Apa yang aku dapat? Keluarlah beberapa hasil carian, malangnya aku kurang berminat dan tak bertemu langsung dengan artikel yang cocok dalam fikiran aku. Apa yang aku temui (secara tiba-tiba angkara tersalah klik) laman yang bercerita tentang pemimpin dunia, para diktator, juga wanita-wanita pertama (turut dimuatkan di dalamnya termasuk wanita yang melabel dirinya PERTAMA di negara kita) di Current Political Leaders, Dictators & First Ladies. Kebetulan pula aku memang mahu mencari wajah wanita pertama Mesir yang kini barangkali tengah sibuk memunggah bebarang milik mereka sebelum bertolak meninggalkan Mesir menuju ke rumah agam di kota London. Dengar khabar, anaknya dah berjaya melarikan diri bersama 100 beg yang telah dimuat naik dan telah tiba dengan selamatnya di London. Barangkali anak si presiden Hosni mendapat arahan dari ibunya, Suzanne agaknya. Agaknya? Ayat menarik yang terselalu aku guna.

"Cepat, ambil beg ni. Kita dah tak selamat untuk duduk lama di sini. Rahsia komplot kita dah bocor. Bawa beg ni, karang mak pesan dengan pilot jet tuk terbangkan kamu ke London," kata Suzanne, agaknyalah.

"Tapi mak... kenapa mak tak hendak pergi bersama? Biarlah abah seorang saja yang handle masalah kat sini ni," cadangan si anak, agaknyalah.

"Nak biar abah kamu tu tinggal seorang? Bertambah gatallah abah kamu tu kalau mak tak ada. Tak apa, mak dengan abah kamu menyusul kemudian. yang penting kamu angkut dulu beg-beg tadi. Hidup kita takkan susah di negara orang kelak dengan adanya beg tu menjadi penyelamat kita anak beranak." Suzanne bersuara dengan lancar, agaknya jugalah.

"Tapi mak...," bertapi-tapi lagi anaknya

"Sudahlah nak, mak taknak dengar lagi. Biar mak panggil pilot, minta dia start enjin jet. Kamu pergi sekarang juga!" kan aku dah kata, arahan maknya jua.

Malangnya gambar si wanita pertama Mesir tiada dalam blog yang aku kata tadi. Terpaksalah aku menggoogle lagi, dan akhirnya aku bertemu juga. Atas keberjayaan yang aku peroleh ini, terhasillah sebuah nukil sindiran istimewa buat Suzanne dalam entri Namaku Suzanne. Entah mengapa tiba-tiba aku kehilangan rasa untuk terus menaip, sementara mataku diberatkan dengan rasa mengantuk. Barangkali aku perlu tidur. Tidur dengan tenang. Sekarang! (Err, sesuaikah ayat ini tuk aku guna pakai?)

++ Nota: Aku sedang menantikan pengumuman rasmi tentang Mesir. Semoga pemimpin Mesir menurut saja kehendak rakyat dengan menyerahkan secara total kepada rakyat soal peralihan kuasa yang lama kepada yang baru. Inilah sebenarnya rakyat Mesir mahukan; keadilan melebihi dari omong kosong yang dituturkan sebilangan besar gerombolan (pemerintah) yang menidakkan suara rakyat yang kini sedang mengangkat panji atas nama REVOLUSI? Sekian, dan selamat malam semua ...

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top