ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Debat - Orang Kita Saja Nak Tunjuk Hebat!

++ Nota: Semenjak dua ni ramai yang suka benar turun dan mencabar individu lain untuk berdebat. Entah apalah agaknya tujuan mereka agaknya. Ada udang di sebalik batukah? Apakah menjadi suatu kemestian debat diadakan? 'tuk menunjukkkan kekuatan? 'tuk tunjukkan diri lebih berilmu dari orang lain? Atau sekadar mahu menjatuhkan seseorang di hadapan orang ramai? Orang kita suka cara begini 'tuk menarik orang agar sentiasa merestui logik akal fikiran dan menyokong segala usul tanpa memeriksa atau menelitinya terlebih dahulu. Orang kita memang berhati kering; manakala kepalanya lebih keras daripada batu!
Banyak helah ahli debat
Akal dihujah lagak hebat
Semua mahu dibebat
Dalam tanah pasti disumbat
Kaki tangan akan dilipat


Mengalah dalam debat
Nampak kurang hebat
Duniaku tempat merempat
Alamku tidak terikat
Gunalah apa sahaja tarikat
Pesan guruku sering diingat


Hentikan debat
Ketika nafsumu mahu tunjuk hebat
Berhujah berdalih dalam debat
Panggil kawan musuh merapat
Apa hadiah yang didapat
Selain angkuh rasa diri kuat


Diam adalah ubat
Benih pesan guru buahnya lebat
Kemuliaan datang tanpa dihajat
kebenaran pasti didapat
Biarkan anjing-anjing menyalak berdebat
Diamku sang singa mohon rahmat


Pesan guruku akan melekat
Bagi yang ingat
Dia selamat
Bagi yang lupa ingat
Gila berdebat
Sila teruskan hingga akhirat
Sambil tunggu laknat
Bisa lidah menyengat
Akan tetap disebat
Bisa yang amat


Tiadalah siapa yang lebih kuat
Kawal lidah hentikan debat
Henti debat, dirimu takkan tenat
Diam itu ubat
Diam itu rahmat
Dunia dan akhirat
Selamat...

1 comments :

HambaMaya said...

Kata2 Luqman Al Hakim: medan debat ialah di mana engkau melihat cendekiawan menunjukkan kebodohan mereka : )

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top