ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Awan Hitam Di Kota Cairo

++ Nota: Orang di sana berjuang dengan senjata, biarlah kita di sini sekadar berjuang dengan bahasa; bahasa yang datang dari hati kecil kita. Ikhlas dariku buat sekalian warga Cairo, dengarkanlah bisik hatiku dalam 'Awan Hitam Di Kota Cairo', istimewa buat pejuang Misi Revolusi Mesir.


Duhai Ibuku,
langit kita tak secerah dahulu.
Gumpalan awan menerjah laju,
Seakan ia tak mahu berlalu.
Menutupi ceria di langit biru;
Mempamer tabir hitam kelabu,
Menambah gusar di lubuk nuraniku,
Membuat diriku takut selalu.

Duhai anakku,
Adat orang berjuang,
tiadakan takut dan juga bimbang.
Waima warna langit bertukar garang.
Singkirkan walang hatimu sayang,
setelah usai kita menyingkir dalang;
yang telah lama menjadi petualang.
Besok langit kita 'kan kembali terang,
Insya-Allah lebih cerlang gilang-gemilang.

Dinukil Oleh: SikukuNaga

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top