ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Apakah Benar ALLAH Membenci PAS?

++ Nota: Semalam, sebelum aku beradu, aku tiba-tiba terpandang sesuatu di dinding beberapa insan yang berada dalam senarai rakan di laman sosial facebook. Tanpa perlu aku tulis panjang, ada baiknya aku copy paste kembali (kerja mudah tetapi ada kalanya susah dan terlalu berisiko. Mungkin?). Sila baca petikan yang aku tulis semalam:

++ Nota: tiadalah aku berminat untuk turut serta mempolemikkan hal-hal sebegini tapi... Aku tidak memihak kepada pembangkang, apatah lagi memihak kelompok pencadang kerana tiada satupun di antara kalian bakal menang dalam pertarungan selagi niat tidak diperbetulkan kembali iaitu demi redha Allah s.w.t semata-mata tanpa mahukan imbuhan sebelum dan selepas hidup dan matinya kita. Allah berpolitik? Ya, kerana POLITIK itu Milik Allah sebagai Pencipta Maha Yang Tunggal dan Berkuasa Secara Mutlak!


P/s: Amalkanlah ayat-ayat Allah pada jalan-Nya jua. Jangan dilacurkan pula, hanya kerana mahu membalas seranah yang konon terkena ke muka kita. Berhentilah dari terus berprasangka, ambil renungkan ayat skema di bawah ini dengan teliti akan setiap baitnya:


"... jangan kerana kata-kata pedas itu terkena ke muka kita, terus kita sangka ia ditujukan buat kita; dan terus berperasaan perasan dipersalahkan."


Huuuargh. selamat pagi, insan berhari jadi mahu tidur dengan senang hati ;)

++ Persoalan Penting: Apakah dengan cara membalas hujah-hujah yang dilempar oleh mana-mana cabang parti2 lawan wajar dilakukan atas alasan kononnya ada kebenaran pada cerita yang diuar-uarkan? Adakah dengan cara ini melayakkan kita untuk mendapat gelaran wira negara dan wajar diberi pujian melambung-lambung kerana kononnya telah berjaya mengalahkan hujah-hujah pihak lawan (sebenarnya rakan kerana kita seagama, seakidah yang sama jua)? Wajarkah? Kepada kalian aku bertanya sebab musababnya... -AA

2 comments :

Amirah Yusof said...

kadang-kadang kita harus mengalah untuk mendapat kemenangan

ozzy said...

Assalam..

Saya yakin Allah tidak akan membenci hambanya selagi mrk taat & menurut perintahnya tidak kira siapapun hambanya itu & bukan krn fahaman politiknya.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top