ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Aku, penyajak picisan - Sebuah pengakuan yang jarang dilakukan orang

++ Nota: Aku, penyajak picisan merupakan hasil tulisan sahabat baik bernama Mohamad Farez Abdul Karim. Nampaknya suara sajak yang dilantunkannya hari ini berisi, kadang seolah mahu menagih simpati (mohon difahami akan maksud ini berulang kali). Aku mengakui kebenaran yang beliau lontarkan, buktinya ada di mana-mana, namun biarlah, ada apa pada nama, kerja kita menulis 'tuk kesedaran diri sendiri dan 'tuk manusia di dunia, tak berkehendak pula apa yang ditulis tiada terkesan langsung di jiwa hanya kerana yang kita (aku) tulis itu sajak atau puisi dusta, biarlah kita teruskan saja, penyajak picisan insya-Allah tetap jua akan berjaya, tak dapat di dunia, biar Allah s.w.t balas kesemuanya di akhirat sana. Tahniah Pa'eh!

Aku sang penyajak picisan
aku menulis di alam maya
sajakku tak bertebaran merata
tak dicetak dihelai pulpa
tak dibaca pada majlis wacana

Aku sang penyajak picisan
tulisanku adalah suaraku
ia melantun ke hati pembaca
dan dibaca pada monitor kaca

Aku penyajak
kau pembaca sajakku
kaulah artis
kau budayawan
kau sasterawan
kaulah seniman

aku hanya penyajak picisan.

Mohamad Farez Abdul Karim

2 comments :

Anak Bumi said...

kita penulis picisan, dalam bentuk2 sendiri. Apabila seseorang dianggap penulis 'perdana', maka saksikanlah segala ujian dan tipudaya bertimpa2, moga si dia kuat rohaninya...

Ampuan Awang said...

Pa'eh,

entahlah, aku bersifat berkecuali tapi apa yang penting, niatku hanya mahu menampalkan hasil kreativiti pengkarya picisan (seperti yang dilabelkan kepada kita) lalu aku abadikan ia di sini, dalam blog buruk aku ini.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top