ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Warkah Buat Insan Bergelar Penulis

Khas buat jiwa-jiwa penulis
tulislah dengan telus tulus.,.

Semua pemikir adalah penulis
tak semua penulis adalah pemikir
ramai penulis cuma tukang ukir kata
kumpul wang, pangkat dan harta
penulis sejati guna ilham mata hati
penulis dunia guna kamus akal
Menulislah kerana tuhanmu
usah tulis kerana tuanmu
Makin ramai penulis lahir
Makin kurang pemikir hadir
mudahnya melahirkan para penulis
umpanlah mereka dengan penghargaan
berbondong-bondong mereka akan mendapatkan
susahnya melahirkan ahli fikir sejati
tiada umpan untuk menjerat kaki
Pemikir sejati anugerah illahi
susah di kenal antara penulis pemikir
bukan sijil tanda ilmuan
bukan universiti tanda kebijakan
pemikir sejati telah kenal diri
Qalbunya telah disucikan
pilihan Tuhan menjadi khalifah-Nya
hadirnya memakmurkan alam
kalamnya kalam tuhan
ilhamnya ilham tuhan
usah dinafikan
apa tulisannya
apa pemikirannya
indah faedah bermanfaat
benar, damai membahagiakan
demi jiwa yang mencari ketenangan
Lihatlah kebenaran pemikiran penulis
usah soal kenapa dia tulis
makin banyak tanda tanya
terpenjaralah penyoal dalam katakata
yang gelap kebingungan...

Oleh: Penyajak Lara

++

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top