ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Usah membakar akal rakyat Malaysia

Sebuah Persoalan (yang dilemparkan oleh seorang sahabat di laman facebook)
Adakah pihak yang konon SENSITIF dengan kata PARIA sehingga sanggup BAKAR AKAL rakyat Malaysia hendak membawa lari tumpuan masyarakat India daripada memikirkan pelbagai masalah sebenar yang membelenggu mereka?

++ Nota: Aku mendapat maklum balas yang menarik sebaik sahaja berjaya memuat naik gambar yang menerangkan akan maksud 'Pariah' dari dalam kamus Oxford. Sila teliti kembali gambar berkenaan bersama status, juga komentar yang penuh informasi di bawah ini,
ADALAH diperingatkan kepada mana-mana individu yang cuba menaikkan sentimen perkauman, secara terhormat kalian boleh beredar daripada negara ini kerana tiadalah sesuai negara seaman ini memerlukan 'BATU API' seperti kalian.
Berkenaan dengan pembakaran novel Interlok, disarankan agar kalian membakar terlebih dahulu kamus Oxford sebagaimana yang kalian lihat pada foto di atas.

Dengan sukahatinya aku nyatakan bahawa aku tidak pernah merendahkan manusia yang berdarah, berdaging seperti aku jua. Aku sendiri punya ramai rakan dari suku kaum India, dan tiada sebarang masalah yang timbul selama kami menuntut dahulu.

Pelik benar, novel tua ini dipertikai, hanya kerana bercerita hal yang benar berdasarkan fakta yang wujud suatu ketika dahulu (dan hingga kini juga). Bacalah terlebih dahulu, jangan mengambil faham sekerat sahaja.

Komentar (1)

Sdr AA : (Ulangan untuk AA) : Saya sudah maklum kepada AA bahawa dalam biografi 'The Life of Mahatma Ghandi' oleh Louis Fischer memang menyebut perkataan 'pariahs' dan 'untouchable' malah dibincang dengan panjang lebar. Ini sejarah. Hairannya, orang India, di India (setahu saya) tidak membakar buku itu. Adakah AA dengar pembakaran buku biografi Ghandi itu di India atau di Malaysia? Wassalam.

Komentar (2)

Tuan AA, Kamus Oxford, sumber ilmu, tak perlu dibakar. Membakar sumber ilmu merupakan satu tindakan yang kurang bijak. Tuan AA, jangan terlalu emosi. Biarkanlah mereka membakar apa juga yang mereka ada termasuk diri mereka sendiri.

Komentar (3)

Saya bercakap ini mungkin kerana saya sudah tua, orang tua sudah kendur emosinya.

Saya pernah belajar dengan Pak Shahnon Ahmad, ketika itu beliau pensyarah saya di MPSI Tanjung Malim. Perwatakannya cukup lembut. Beliau membahasakan dirinya 'bapak' ketika mencurahkan ilmu kepada anak didiknya. Dia juga seorang pejuang bahasa, malah pejuang negara, tapi saya sebagai anak didiknya, tak gembira apabila beliau menghasilkan novel yang mengemparkan, sebagai tanda protes. Beliau mencurahkan isi hatinya melalui karya kreatif. Kadang- kala baik juga beliau berbuat demikian, kerana tidak ada orang yang berani menegurnya tetakala dia berkuasa.

Saya juga marah atas tindakan mantan PM kita tu, terutamanya apabila beliau memperlekehkan kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Tuan AA, dia manusia biasa, tak lekang dari melakukan kesilapan, tapi jasanya amat besar kepada negara. Malah bagi saya, dialah suara Melayu yang bergema dan mengegar dunia. Banyak negara sama di barat mahupun timur kagum dengan kehadirannya di pentas dunia.

Komentar (4)

Saya tetap mempertahankan bahawa sastera kreatif tidak perlu dipolitikkan. Apabila dipolitikkan, kesannya kepada anak2 kita. Tindakan ini juga boleh membunuh kreativiti seorang pengiat seni.
Situasi seperti ini tidak sihat dalam perkembangan sastera negara.

Dalam masyarakat Melayu dulu, ada golongan bangsawan dan golongan bukan bangsawan. Lihat filem penarik beca. Lakonan P. Ramli. Sekarang, isu perbezaan darjat dalam masyarakat Melayu hanya tinggal dalam catatan sejarah budaya kita. Tidak dipolitikkan maka tidak timbul masalah..

Dalam karya seni, semua yang berlaku kadang kala tak masuk akal tetapi seronok kita membaca atau menontonnya.

++ Kesimpulannya? Mudah sahaja, kita kembali kepada tajuk asal 'Usah membakar akal rakyat Malaysia' (kekata Arif Atan). Isu sahaja. Sekian.

Wassalam ...

1 comments :

ozzy said...

Assalam..

Banyak isu remeh temeh cuba dibangkitkan demi kepentingan politik dan kepentingan individu tersebut.
Mereka mengambil kesempatan dari perpecahan org melayu dan sikap toleransi yg org melayu tunjukkan.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top