ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Updated: Klip Video Aspal Terbaik Di Pendalaman, Sabah (28/01/2011)

++ Nota: Adapun foto di atas  merupakan entri terdahulu 'Jalan Aspal Terbaik Di Pedalaman' (klik) dan 'Inilah Hasil Dari Pangkahan Kalian' (klik). Dan kali ini aku hendak paparkan klip rakaman video yang menunjukkan bagaimana teruknya keadaan jalan di sini pada musim hujan seperti sekarang. Mari kita saksikan bersama detik-detik getir rombongan Jabatan Pendaftaran Negara ketika menyusur jalan menuju ke kampung Lanas di Nabawan, Sabah, jumaat lepas (28/01/2011). Hendaknya ketika menatap video ini, pastikan mata anda pada jalan balak di sebelah kiri (difokuskan dalam video) yang mana menjadi penyebab utama lumpur turun ke jalan yang agak curam sedikit. Hairan sekali, dengar khabar laluan lori balak ini direstui oleh Jabatan Perhutanan Sabah (sila sahkan cerita ini). Apa pun jawapannya, saksikanlah terlebih dahulu, kemudian fikirkanlah bagaimana teruknya perjalanan di sebatang jalan pendalaman Sabah (antaranya sahaja, masih banyak lagi jalan yang barangkali lebih teruk dari ini).
video
Bagaimana saudara? Menarikkah? Diulangi sekali lagi, mohon diperhatikan laluan jalan baru lori balak kerana di situlah punca utama berlakunya kejadian. Kepada YB di sana, turunlah melawat, tak baik asyik duduk memantau dari jauh. Adalah digalakkan YB mencuba sendiri jalan ini dengan menggunakan kenderaan sendiri. Usah guna kenderaan rasmi kerajaan negeri kerana tiadalah ia memberikan kesan pada hati YB atas kesusahan yang rakyat di sini alami selama ini. Sekian, terima kasih.

Salam manis dari warga reban: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top