ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Updated: Gardenia, Sabah tidak berhak guna sijil dan logo 'HALAL'

++ Nota: Agak terlewat posting logo halal Gardenia (atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan). Mungkin inilah entri terakhir (mungkin?), dan dengan itu aku ulang kembali info terkini (mungkin juga?) isu logo halal syarikat Gardenia, Sabah.

Peringatan Penting: Isu logo halal sememangnya sensitif dan menjadi masalah bagi pengguna yang beragama Islam. Akan tetapi, isu ini takkan surut atau berhenti sampai bila-bila pun kerana bukan syarikat Gardenia saja yang berbuat demikian. Masih terdapat syarikat (yang kecil-kecilan) mengeluarkan produk yang sama tanpa sijil atau logo halal. Sejauhmana pula kehalalan syarikat kecil-kecilan ini agaknya waima pemiliknya beragama Islam? Kesudahannya pasti sama dua kali lima (2 x 5).
Adalah dimaklumkan bahawa syarikat GARDENIA FOOD INDUSTRIES SDN. BHD. yang beralamat di 10.5KM, JALAN TUARAN, INANAM, KOTA KINABALU, SABAH telah memohon pembaharuan Sijil Halal kepada JAKIM dan telah diputuskan oleh Ahli Panel Mesyuarat Khas Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil. 16/2010 JAKIM pada 26 Ogos 2010 dan telah memutuskan bahawa syarikat berkenaan didapati tidak mematuhi Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Dengan itu syarikat berkenaan adalah tidak berhak menggunakan Sijil dan Logo Halal Malaysia di Produk, premis, kenderaan atau sebarang bentuk yang mengelirukan pengguna Islam sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.

Info diperoleh dari Urusetia Jawatankuasa Mgi Negeri Sabah (Klik sini)

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top