ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Pencen dari jawatan Menteri, dapat pula jawatan bertaraf Menteri. Aduh!

Samy Vellu mulakan tugas sebagai Duta Khas Malaysia
03/01/2011 1:17pm

KUALA LUMPUR 3 Jan. – Datuk Seri S. Samy Vellu, yang menjawat jawatan Duta Khas Malaysia bertaraf menteri bagi infrastruktur ke India dan Asia Selatan pada Sabtu lepas, akan memulakan khidmatnya bermula dengan New Delhi, Khamis ini.

Beliau akan mengetuai delegasi 150 kaum India Malaysia untuk menghadiri Pravasi Bharatiya Divas kali kesembilan, satu persidangan tahunan yang menghimpunkan masyarakat berketurunan India dari seluruh dunia, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Samy Vellu di sini hari ini.

Bekas Menteri Kerja Raya itu akan mengadakan perbincangan dengan pegawai peringkat tertinggi kerajaan India di luar persidangan empat hari di New Delhi untuk menyediakan asas ke arah membuka lebih banyak peluang untuk diteroka oleh ahli perniagaan Malaysia di India.

Persidangan itu yang dirasmikan oleh Perdana Menteri India, Dr Manmohan Singh pada Sabtu, akan turut dihadiri menteri-menteri utama Kabinet India, termasuk Menteri Kewangan, Pranab Mukherjee serta Menteri Pengangkutan dan Lebuh Raya, Kamal Nath, yang bertanggungjawab terhadap projek infrastruktur di India. – Bernama

** Aduh, ingatkan dah bersara terus, rupanya dapat lagi jawatan baru. Kalau beginilah nampaknya Pak Samy Vellu terpaksa bekerja sehinggalah mendapat pencen hakiki. Err, pasti kalian dapat menangkap maksudku itu.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top