ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Pecahnya Sejarah Zaman

++ Dinukil Oleh: Penyair Gila

Perut sejarah zaman telah pecah
nasib tak ubah
ibarat orang terngadah
kepala terhantuk tajamnya bucu lalu
berdarah
Apa dikata pada sejarah zaman
Bukankah ia
sebuah rentetan perjalanan

atas sebuah kisah kehidupan
yang menjadi bukti
kepada seluruh peradaban
kepada sekalian insan
usah ia dipadamkan
Sejarah zaman semakin parah
sengaja ia dikaburkan
mahu dihilangkan
dan akhirnya
dikafankan.

-------------------------------------------------------------------------

Novel Interlok kekal digunakan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima dengan pindaan dibuat kepada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India, demikian diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

NONEBeliau yang juga Menteri Pelajaran berkata satu panel bebas akan diwujudkan untuk mengkaji bentuk pindaan dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan.

"Keputusan mengekalkan novel ini dengan membuat pindaan supaya tidak menyinggung perasaan kaum India adalah jalan penyelesaian terbaik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu menimbulkan kontroversi berikutan keputusan Kementerian Pelajaran memilih novel itu sebagai teks sastera Tingkatan Lima tahun ini kerana didakwa terdapat perkataan yang menyinggung perasaan masyarakat India di negara ini.

NONEMuhyiddin berkata panel itu akan dianggotai pakar bahasa, ahli akademik, sasterawan dan wakil Dewan Bahasa dan Pustaka serta wakil masyarakat India.

"Saya menjangkakan pindaan ini akan dapat dibuat dalam masa yang terdekat," katanya.

Muhyiddin juga menegaskan bahawa novel Interlok hanya akan digunakan setelah pindaan disiapkan dan diedarkan ke sekolah-sekolah.

Sementara pindaan itu disiapkan, beliau berkata Kementerian Pelajaran akan mengarahkan guru-guru untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dengan menggunakan silibus yang sedia ada untuk tidak menjejaskan pembelajaran murid.

"Saya percaya kita mempunyai masa yang cukup untuk membuat pindaan secara teliti supaya tidak timbul lagi sebarang pertikaian mengenai novel Interlok selepas ini," katanya.

** Sumber: Malaysia Kini

++ Nota: Innalillahi Wa inna ilaihi rojiun...

Wassalam...

3 comments :

cemomoi said...

sejarah dijarah
melayu yang parah
paria tengadah
lupa tempat berpindah
orang lain yang haram jadah
melayu juga disesah

Azza Firza said...

tarikh, ekekee

Ampuan Awang said...

tarikh? apanya?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top